Usaha murni pihak sekolah ini wajar diberikan pujian kerana mengambil berat dan prihatin terhadap perkembangan diri pelajar-pelajar mereka dan mungkin ini adalah usaha rasmi terakhir pihak sekolah sementara mereka masih di dalam tanggungjawab sekolah. ABIM Selangor amat berbangga dan memuji usaha ini serta bersetuju untuk memberikan kerjasama dalam melaksana program yang ringkas tetapi padat dengan pengisian.Bakal Terbit! Buku Manifesto Sekolah Masa Hadapan'
Kami tawarkan elemen tawhidiq dan humanistik untuk merubah dan memindahkan jiwa manusia daripada bertuhankan kepada kebendaan semata-mata kepada kekuatan membangun jati diri untuk berbakti kepada negara, agama dan bangsa." Petikan dalam buku yang bakal diterbitkan, MANIFESTO SEKOLAH MASA HADAPAN Pre order sekarang!!!
TASKI Al-Firdaus Klang Dianugerahkan Sekolah Cemerlang
Bersempena dengan sambutan Hari Guru peringkat negeri Selangor, telah disampaikan sekolah cemerlang pada tahun 2016-2017.
Kempen Nur Ramadhan 2017
ABIM Selangor telah melancarkan Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) menjelang Ramadhan Al-Mubarak dan Kempen Sandang Raya (KSR) untuk Syawal yang bakal tiba.
LAPORAN KEMBARA ILMU KAJIAN PELAKSANAAN PERUNDANGAN SYARIAH DI ACHEH INDONESIA
Pada 24-27 Oktober 2016, ABIM Selangor telah menghantar wakil dalam 'Kembara Ilmu: Kajian Pelaksanaan Syariah' di Aceh Darussalam anjuran Pejabat Ahli Dewan Negara Malaysia. Exco Tugas-tugas Khas (Undang-Undang) ABIM Selangor, Shafezan bin Rusli, telah mengikuti jelajah ini. Ikuti laporan lengkap kembara beliau.
Usaha murni pihak sekolah ini wajar diberikan pujian kerana mengambil berat dan prihatin terhadap perkembangan diri pelajar-pelajar mereka dan mungkin ini adalah usaha rasmi terakhir pihak sekolah sementara mereka masih di dalam tanggungjawab sekolah. ABIM Selangor amat berbangga dan memuji usaha ini serta bersetuju untuk memberikan kerjasama dalam melaksana program yang ringkas tetapi padat dengan pengisian.Seramai lebih dari 350 orang peserta lelaki dan perempuan yang telah menyertai program sehari ini. Aktiviti dijalankan dengan dibantu oleh fasilitator-fasilitator serta ajk ABIM Selangor telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Pendaftaran bermula awal jam 8.00 pagi dan sesi taklimat rasminya bermula jam 9.00 pagi.
Penyertaan juga dibantu hasil kerjasama pihak masjid dengan program Daurah Penghayatan Islam. Kehadiran peserta yang memberangsangkan mendorong fasilitator untuk lebih bersemangat dan menjalankan tugas mereka dengan berkesan. Peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu lelaki dan perempuan yang mana, peserta lelaki mengikut Program Aku Teruna Terhebat (ATT) dan yang perempuan mengikuti Program Bahagia Menjadi Gadis (BMG).
Aktiviti keseluruhannya tamat pada jam 4.40 petang (solat Asar berjemaah) yang sebelum itu diberikan amanat oleh YDP ABIM Selangor kepada peserta-peserta yang hadir. Atas komitmen semua pihak kami di ABIM Selangor mengucapkan jutaan terima kasih kepada agensi-agensi ABIM, ABIM Daerah, masjid-masjid serta mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Insya-Allah, program ini akan menyusul lagi di mana-mana masjid yang berminat. Terima kasih.
12 Mac 2012

ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) CAWANGAN SELANGOR
TARIKH:
19 RABIULAKHIR 1433H bersamaan 12 MAC 2012
SASARAN:
REMAJA BERUMUR 11 HINGGA 18 TAHUN
TEMPAT:
MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM
MASA:
8.00 PAGI - 5.00 PETANG
PROGRAM:
BAHAGIA MENJADI GADIS (peserta perempuan)
dan
AKU TERUNA TERHEBAT (peserta lelaki)
YURAN:
RM10.00 SAHAJA
OBJEKTIF:
- Memahami tentang pendidikan seksual mengikut perspektif Islam;
- Mengetahui cara-cara menangani pergaulan dan fenomena perlakuan tidak sihat;
- Memahami dan mempraktikkan sikap asertif dalam situasi tertentu serta;
- Melindungi diri dari terjebak dengan perkara-perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam

ANJURAN:
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) CAWANGAN SELANGOR
TARIKH:
19 RABIULAKHIR 1433H bersamaan 12 MAC 2012
SASARAN:
REMAJA BERUMUR 11 HINGGA 18 TAHUN
TEMPAT:
MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM
MASA:
8.00 PAGI - 5.00 PETANG
PROGRAM:
BAHAGIA MENJADI GADIS (peserta perempuan)
dan
AKU TERUNA TERHEBAT (peserta lelaki)
YURAN:
RM10.00 SAHAJA
OBJEKTIF:
- Memahami tentang pendidikan seksual mengikut perspektif Islam;
- Mengetahui cara-cara menangani pergaulan dan fenomena perlakuan tidak sihat;
- Memahami dan mempraktikkan sikap asertif dalam situasi tertentu serta;
- Melindungi diri dari terjebak dengan perkara-perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam
JOM SERTAI BERAMAI-RAMAI!
Program berlangsung selama 1 hari bermula dari jam 9.00 pagi sehingga jam 10.30 malam. Bermula dengan sesi pengenalan pada awal pagi dan kemudian perbincangan tertumpu kepada memperkenalkan konsep usrah dan melaksana usrah, Selain itu peserta diberikan semangat dan motivasi untuk melatih diri menjadi pendakwah serta Naqib dan Naqibah yang sentiasa taat kepada perintah Allah serta melaksana sunnah Rasulullah s.a.w.
Setiausaha ABIM Selangor dengan dibantu rakan sekerja Saudara Johari serta teman-teman SISMA Selangor iaitu Mustafa dan Wan Saiful. TIdak lupa juga adik-adik PEPIAS Shah Alam iaitu Fitri dan Amirul. Program berjalan lancar dan mendapat kerjasama yang terbaik. Usaha murni yang telah dimulakan oleh Ustaz Azli dan teman-teman diRPI PSIS diharapkan akan menyemarakkan lagi usaha melahirkan lebih ramai pelajar di PSIS yang berketrampilan dan berdaya saing khususnya dalam mempamerkan peribadi Muslim yang sebenar.
Kami di ABIM Selangor mengharapkan agar usaha ini berterusan dan diberikan kekuatan buat mereka untuk istiqamah. Kami akan bersedia untuk terus membantu dan menyemarakkan lagi usaha murni ini.
5 Februari 2012
Seminar yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Zawawi ini berjalan dengan jayanya atas kupasan dan hujah yang dibentangkan oleh ketiga-tiga panelis yang dijemput bagi membincangkan isu-isu siyasah dan politik semasa dalam negara khsusnya negeri Selangor. Seminar Siyasah ini dianjurkan bersempena Pelancaran Sambutan 40 tahun ABIM Negeri selangor dimana pada seminar kali ini hadir begitu ramai para pengasas dan penggerak awal ABIM.
Majlis pelancaran ini juga turut disertai oleh Presiden ABIM Sdr Amidi Abd Manan. Majlis Perasmian dilakukan oleh Tuan Presiden dimana beliau menggesa ahli dan para penggerak abim untuk terus istiqamah dalam meneruskan dakwah. Para penggerak ABIM harus jelas dengan dasar perjuangan dan sentiasa saling membantu dalam menjayakan misi dakwah. Terdahulu majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh YDP ABIM Selangor Sdr Khairuddin Abas.
7 Februari 2012
Bengkel yang berlangsung bermula jam 8.00 pagi itu telah diisi dengan program yang sangat menarik serta memberikan impak yang positif kepada mereka yang hadir. Ia bermula dengan sedikit kata-kata dan nasihat bermotivasi yang disampaikan oleh Puan Nurhani Salwa dari Grup Peguam ABIM yang bertajuk Bahagianya Menjadi Wanita dan selepas rehat pula oleh Dr. Ruziah Ghazali yang merupakan Pengurus Besar AZAS sendiri.
Bengkel ini bertujuan untuk memotivasi para muslimah atau ibu dalam membina keluarga harmoni dan kasih sayang serta berkongsi tip untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Bengkel yang tamat pada jam 1.00 petang itu lebih meriah apabila menerima kunjungan YB Suhaimi yang turut berkesempatan merasmikan majlis penutup bengkel.
Apa yang menarik di dalam bengkel ini juga ialah kesempatan yang diberikan kepada Saudari Azmiza, Pengurus Darul Wardah untuk berkongsi cerita suka dan duka serta berita berkenaan dengan usaha ABIM Selangor khususnya tim HELWA Selangor dalam membangun serta berdakwah melalui DARWA itu sendiri.
Bagi pihak ABIM Selangor, kami amat berbesar hati atas kesudian dan kepercayaan yang diberikan oleh pihak AZAS untuk melaksana bengkel ini serta tidak dilupakan juga kepada pihak penyumbang hadiah cabutan bertuah yang menjadikan bengkel ini lebih bermakna buat mereka yang hadir.

Selaku pengasas Bridges Foundation, beliau telah melatih 6,500 pendakwah muda di seluruh dunia untuk mengetengahkan kesucian ajaran Islam kepada masyarakat bukan Islam di samping menepis sebarang persepsi negatif yang ada di fikiran mereka (masyarakat bukan Islam).
Bayaran sebanyak RM 100 (untuk pelajar) manakala RM 200 (orang) akan dikenakan untuk program tiga hari yang bakal diadakan di Dewan Hadhari, Pusat Islam Jawi, Kuala Lumpur. Untuk sebarang makluman lanjut serta pengesahan kehadiran boleh dibuat dengan menghubungi 019-2506065 (U.P: Puan Normah) ataupun 03-4256922.
Sesi perkongsian hidup dan pengalaman dari salah seorang penghuni Darul wardah untuk memberikan ingatan dan kesedaran kepada anak-anak muda di sini.
Program tersebut dikendalikan oleh Kak Wardah dan Wak Juragan dari ABIM Selangor. Turut membantu menjayakan program ini ialah sdr. Adri, Pengurus program ABIM Selangor dan seorang penghuni Darul Wardah. Satu kempen ‘ Say No to Zina’ dijalankan dengan mengedarkan pamplet khas yang diterbitksn oleh Biro Penerangan ABIM Selangor kepada semua peserta yang hadir.
Program sehari bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.30 petang dihadiri oleh 30 orang pelajar lelaki dan perempuan. Program ini juga turut dihadiri oleh beberapa orang pelajar keturunan Tamil. Secara keseluruhannya program ini telah Berjaya menyampaikan mesej kesedaran dan keinsafan kepada peserta tentang bahaya Zina dan masalah sosial yang lain. Namun taufik dan Hidayah adalah dari Allah jua.
PROGRAM PENGHAYATAN BUDAYA ILMU DALAM KALANGAN PEMIMPIN BELIA ISLAM
18 Disember 2010, Sabtu
Lokasi : Sg Buloh
Dengan kerjasama : International Institute for Islamic Thought, Malaysia (IIIT)
Surabaya ,3 Oktober 2010 - ABIM Selangor telah menghantar 4 orang qiadah utamanya ke Program Seminar Pemikiran Islam : Membedah Visi Dakwah Walisongo di Surabaya. Seminar tersebut dianjurkan oleh IMAN ( Integrated Muslim Association Network) dan Dewan Dakwah Islamiyyah Indonesia ( DDII ) Cabang Jawa Timur.
Perwakilan ABIM terdiri dari YDP ABIM Selangor, YDP ABIM Serdang, YDP ABIM Tanjong Karang dan Exco ekonomi ABIM Selangor.
Seramai 16 orang ahli rombongan dari IMAN yang dianggotai oleh WADAH Selangor, ABIM Selangor dan PUM Selangor telah menghadiri seminar tersebut.
Panel Pembentang Indonesia terdiri dari Prof. Dr Ali Mufradi, Guru Besar UIAN Sunan Ampel, Surabaya dan Prof Dr Aminudin Kasdi Guru Besar Universitas Negeri Surabaya manakala dari Malaysia ialah Prof Madya Dr Ahmad Zaki Abd Latif dan tuan Hj Nik Yusoff Nik Ismail.
Seminar tersebut yang dihadiri lebih dari 200 orang daie dan pimpinan Dewan Dakwah dari Cabang Jawa Timur ( JATIM ) telah diadakan di Markaz Utama DDII di Jl. Purwodadi Raya, Surabaya.
Sambutan dari para peserta seminar sangat menggalakkan. Banyak soalan-soalan kritis dan ilmiah yang dikemukan dan diulas dan dijawab dengan baik sekali oleh para nara sumber yang diundang. Oleh kerana masa yang agak terbatas, banyak isu dan persoalan terpaksa dianjak ke satu masa yang lain.
Jawatankuasa Khas yang dianggotai oleh YB Shaari Syuib ( Ketua ), YB Hannah Yeoh, YB Amirudin Shaari dan YB Nik Nazmi turut dihadiri perwakilan dari tujuh NGO termasuk ABIM Selangor.
ABIM Selangor telah diwakili oleh YDP Mohd Zawawi Ahmad Mughni. Sebagai NGO yang diletakkan di kerusi hadapan maka ABIM diberi laluan pertama oleh pengerusi majlis untuk memulakan sidang maklum balas awam berkenaan rang undang-undang berkenaan.
Berdasarkan draf yang diedarkan terdapat beberapa perkara yang diutarakan oleh para perwakilan untuk penambahbaikan dan pemantapan sebelum dibentangkan semula di Sidang DUN yang akan datang.

Antara yang disebutkan beliau adalah mengenai ciri dan matlamat sistem ekonomi Islam. Beliau menjelaskan, ekonomi Islam adalah sejenis ‘faith-based economy’ yang terikat dengan maqasid al-shari’ah, hukum syarak serta nilai-nilai akhlak. Antara nilai yang menjadi tonggak utama dalam ajaran Islam adalah keadilan. Menurut beliau lagi, para ulama’ telah menyepakati lima objektif syari’at sebagaimana yang digariskan oleh al-Ghazaliy iaitu memelihara agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. Menutup ucaptama beliau, para peserta diberi peringatan dan pesanan bahawa kita perlu sedar tentang kerapuhan kebergantungan kita kepada sistem hutang kerana bagi ummat Islam, hutang adalah amat berbahaya.

Sesi kemudian berhenti rehat dan disambung dengan bengkel yang diketuai oleh Dr. Mahyudi (UIAM) dan panelis yang dibarisi oleh Prof. Dr. Abdul Ghafar Ismail (UKM), Prof. Dr. Jamal Othman (UKM), Dr. Norlida (UKM) serta Encik Razali Osman (ISDEF USM). Masing-masing membincangkan tajuk ‘Monetary Policy’, Ekonomi Lestari, Ekonomi dan Perlancongan serta Wakaf. Sesi ini tamat sehingga jam 1.30 petang. Seterusnya diteruskan pada jam 3.00 petang, satu Majlis Pra-Perasmian Sumbangan ‘Online’ InfaqSaya oleh Pro. Madya Haji Shaharudin Badarudi (Timb. Pengerusi Syura Kebangsaan) dan penyerahan sumbangan InfaqSaya kepada wakil-wakil ABIM negeri sehingga bersurai pada jam 4.30 petang.




