Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




Showing posts with label BMG-ATT. Show all posts
23 Zulhijjah 1434, Hulu Yam Baru, Selangor - Sekolah Rendah Agama Hulu Yam Baru telah mengambil inisiatif positif bagi mengisi ruangan masa pelajar-pelajar sekolah khususnya pelajar tahun 6 yang sudah selesai peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA). Program Jatidiri Remaja merupakan program yang mendedahkan pelajar kepada dunia keremajaan serta persiapan mereka untuk melangkah ke sekolah menengah.

Usaha murni pihak sekolah ini wajar diberikan pujian kerana mengambil berat dan prihatin terhadap perkembangan diri pelajar-pelajar mereka dan mungkin ini adalah usaha rasmi terakhir pihak sekolah sementara mereka masih di dalam tanggungjawab sekolah. ABIM Selangor amat berbangga dan memuji usaha ini serta bersetuju untuk memberikan kerjasama dalam melaksana program yang ringkas tetapi padat dengan pengisian.

Program berlangsung dalam tempoh 3 jam sahaja tetapi diadakan dalam tempoh 3 hari bermula 28 Oktober 2013 jam 2.30 petang. Aktiviti pembukaan bersama TYDP ABIM Selangor dalam slot Kenali Dunia Kanak-kanak dan Remaja serta LDK bersama fasilitator dari PEPIAS yang terdiri daripada pelajar UIAM dan UiTM. Berikutnya aktiviti akan diteruskan dengan Kembara Solat dan pembentangan pada 29 dan 31 Oktober 2013.


19 Rabiulakhhir 1433H, Shah Alam - Alhamdulillah, ABIM Selangor telah selamat dengan jayanya meganjurkan Program Pencegahan Gejala Sosial bersempena Sambutan ABIM Selangor 40 tahun di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Shah Alam. Ia merupakan penganjuran program BMG dan ATT bagi peringkat negeri Selangor Darul Ehsan.

Seramai lebih dari 350 orang peserta lelaki dan perempuan yang telah menyertai program sehari ini. Aktiviti dijalankan dengan dibantu oleh fasilitator-fasilitator serta ajk ABIM Selangor telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Pendaftaran bermula awal jam 8.00 pagi dan sesi taklimat rasminya bermula jam 9.00 pagi.

Penyertaan juga dibantu hasil kerjasama pihak masjid dengan program Daurah Penghayatan Islam. Kehadiran peserta yang memberangsangkan mendorong fasilitator untuk lebih bersemangat dan menjalankan tugas mereka dengan berkesan. Peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu lelaki dan perempuan yang mana, peserta lelaki mengikut Program Aku Teruna Terhebat (ATT) dan yang perempuan mengikuti Program Bahagia Menjadi Gadis (BMG).

Aktiviti keseluruhannya tamat pada jam 4.40 petang (solat Asar berjemaah) yang sebelum itu diberikan amanat oleh YDP ABIM Selangor kepada peserta-peserta yang hadir. Atas komitmen semua pihak kami di ABIM Selangor mengucapkan jutaan terima kasih kepada agensi-agensi ABIM, ABIM Daerah, masjid-masjid serta mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Insya-Allah, program ini akan menyusul lagi di mana-mana masjid yang berminat. Terima kasih.

Sesi Taklimat Umum

Peserta ATT

Setiausaha ABIM Selangor sedang memberikan tazkirah Zohor

Wakil peserta dari Hospital Al-Islam

Wakil peserta dari Sungai Merab

Wakil peserta dari Kuala Langat

Wakil peserta dari Masjid An-Naim, Jalan Kebun


12 Mac 2012

ANJURAN:
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) CAWANGAN SELANGOR

TARIKH:
19 RABIULAKHIR 1433H bersamaan 12 MAC 2012

SASARAN:
REMAJA BERUMUR 11 HINGGA 18 TAHUN

TEMPAT:
MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM

MASA:
8.00 PAGI - 5.00 PETANG

PROGRAM:
BAHAGIA MENJADI GADIS (peserta perempuan)
dan
AKU TERUNA TERHEBAT (peserta lelaki)

YURAN:
RM10.00 SAHAJA


OBJEKTIF:
  1. Memahami tentang pendidikan seksual mengikut perspektif Islam;
  2. Mengetahui cara-cara menangani pergaulan dan fenomena perlakuan tidak sihat;
  3. Memahami dan mempraktikkan sikap asertif dalam situasi tertentu serta;
  4. Melindungi diri dari terjebak dengan perkara-perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam


JOM SERTAI BERAMAI-RAMAI!

ANJURAN:
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) CAWANGAN SELANGOR

TARIKH:
19 RABIULAKHIR 1433H bersamaan 12 MAC 2012

SASARAN:
REMAJA BERUMUR 11 HINGGA 18 TAHUN

TEMPAT:
MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM

MASA:
8.00 PAGI - 5.00 PETANG

PROGRAM:
BAHAGIA MENJADI GADIS (peserta perempuan)
dan
AKU TERUNA TERHEBAT (peserta lelaki)

YURAN:
RM10.00 SAHAJA


OBJEKTIF:
  1. Memahami tentang pendidikan seksual mengikut perspektif Islam;
  2. Mengetahui cara-cara menangani pergaulan dan fenomena perlakuan tidak sihat;
  3. Memahami dan mempraktikkan sikap asertif dalam situasi tertentu serta;
  4. Melindungi diri dari terjebak dengan perkara-perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam


JOM SERTAI BERAMAI-RAMAI!

Bentong 23 Feb.2011 - Team BMG telah diundang oleh pihak Kolej Komuniti Bentong untuk berkongsi ilmu dan pengalaman bersama dengan pelajar-pelajar jurusan perakaunan dan pendawaian elektrik di Kolej berkenaan. walaupun kolej ini untuk komuniti setempat tetapi ramai juga pelajarnya yang dari luar daerah terutama Kelantan dan Terengganu.

Sesi perkongsian hidup dan pengalaman dari salah seorang penghuni Darul wardah untuk memberikan ingatan dan kesedaran kepada anak-anak muda di sini.

Program tersebut dikendalikan oleh Kak Wardah dan Wak Juragan dari ABIM Selangor. Turut membantu menjayakan program ini ialah sdr. Adri, Pengurus program ABIM Selangor dan seorang penghuni Darul Wardah. Satu kempen ‘ Say No to Zina’ dijalankan dengan mengedarkan pamplet khas yang diterbitksn oleh Biro Penerangan ABIM Selangor kepada semua peserta yang hadir.

Program sehari bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.30 petang dihadiri oleh 30 orang pelajar lelaki dan perempuan. Program ini juga turut dihadiri oleh beberapa orang pelajar keturunan Tamil. Secara keseluruhannya program ini telah Berjaya menyampaikan mesej kesedaran dan keinsafan kepada peserta tentang bahaya Zina dan masalah sosial yang lain. Namun taufik dan Hidayah adalah dari Allah jua.

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR