Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




Showing posts with label YDP ABIM Selangor. Show all posts
"Dalam memberikan nilai jangka panjang; sepanjang kehidupan dunia sehingga akhirat, Sekolah Masa Hadapan menawarkan Pendidikan Dakwah dalam memberi personaliti pelajar, guru serta ekosistem sekolah itu sendiri. Prinsipnya, faith and knowledge must go hand in hand. Penggunaan kata dakwah merujuk kepada ajakan, seruan yang disampaikan kepada seseorang untuk berubah ke arah yang lebih baik. Justeru, kata ‘dakwah’ tidak eksklusif hanya merujuk kepada seruan dalam ajaran Islam.
Kata dakwah memiliki dua perspektif iaitu mengajak kepada kebaikan (positif), dan menegah kepada keburukan (negatif). Lantas, bagaimana hal seteras sebegini masih gagal dipenuhi dalam persekolahan arus perdana malah dilihat tidak diterima dan tidak dilaksanakan dengan baik di sekolah. Premis asas yang kami tawarkan ialah, tanpa jiwa Daie, pendidik tidak mampu bertahan dan meneruskan usaha mendidik dengan baik dan berterusan. Maka, hilanglah falsafah pendidikan, pincanglah persekolahan.
Kami tawarkan elemen tawhidiq dan humanistik untuk merubah dan memindahkan jiwa manusia daripada bertuhankan kepada kebendaan semata-mata kepada kekuatan membangun jati diri untuk berbakti kepada negara, agama dan bangsa."
Petikan dalam buku yang bakal diterbitkan, MANIFESTO SEKOLAH MASA HADAPAN
Pre order sekarang!!!
Assalamualaikum wrt wbt

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Walillahilhamd

Sahabat-sahabat

Aidiladha hadir kembali menjenguk tidak waktu 1435H dengan penuh limpah kurnia dan nikmat yang tidak terhingga kepada kita semua. Ia memaknai kehidupan kita yang berjanji setia dalam melaksana dan mengikat diri dilapangan dakwah untuk menegakkan agama Allah yang tinggi ini. Semoga kesan limpahan hidayah pengorbanan Saidina Ibrahim, Ismail dan Siti Hajar menjadi inspirasi dalam kehidupan kita.

Sorotan sejarah Nabi Ibrahim dan nilai pengorbanan perlu dirasai dan resapi terutama dalam diri anak muda  belia Islam yang menjalani kehidupan kini. Semangat pengorbanan ini perlu difahami dan diresapi terutama dalam menghadapi kehidupan yang mencabar ini. Kekuatan mental dan spiritual amat penting dalam menangani kemelut fikrah, kesempitan masa dan ekonomi yang memerlukan kebijaksanaan dalam menguruskan kehidupan. Percayalah setiap pengorbanan yang diberikan bakal diberikan rahmat dan hidayah dari Allah SWT.

Yang utama dan penting, istiqamahlah dalam dakwah dan tarbiyyah yang menjadi asas gerakan. Tinggalkanlah prasangka buruk kepada orang lain. Tegakkan dakwah yang kita yakini akan menjadi tunggak utama, mengikat ukhuwah fillah.

Juga iltizam untuk terus menegakkan kebenaran dan keadilan, menentang kezaliman tidak mengira apa dan siapa... 'Without any fear and favour."

Juga, terus istiqamah dalam membina dan memimpin tamadun khayra ummah yang kita impikan. Di Selangor, proses membina khayra ummah ini kita rancakkan dengan penubuhan DUAT - Darul Ummah; Akademi dan Tahfiz sebagai tapak menjadi Kompleks Darul Ummah dalam merealisasikan pembinaan khayra ummah ini.
Segalanya memerlukan iltizam dan pengorbanan yang kuat dan kukuh dari semua.

Sekali lagi...

Resapi dan maknailah Semangat Aidiladha ini...

Semoga Allah merahmati Kita...
Wassalam

KHAIRUDIN BIN ABAS
YDP ABIM Selangor

Perutusan Aidilfitri 1432H

Assalamualaikum w.r.t w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangan puasa (pada Bulan Ramadhan) dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah (apabila berhari raya) kerana Allah berikan hidayah kepada kamu.” (Surah Al-Baqarah: 185)

Kepada semua pendokong dakwah dan pencinta tarbiah serta sekalian umat Islam, bagi pihak Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Selangor Darul Ehsan mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 1432H. Semoga kita tergolong dalam golongan minal ‘aidin wal faizin dalam erti kata yang sebenar serta didoakan semoga setiap dari kita akan mendapat taqwa hasil daripada menghidupkan Ramadhan tahun ini. Moga kita diberikan kekuatan oleh Allah dalam menangani isu-isu umat Islam dan menanganinya dengan cara yang terbaik dan hikmah. Dalam keghairahan menyelesaikan masalah atau isu yang timbul, meletakkan ilmu dan bersandarkan Al-Quran dan sunnah Rasulullah amat penting di samping ketajaman analisis dalam menyelesaikan kemelut yang melanda.

ABIM Negeri Selangor mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih jazakumullah khairul jaza’ kepada semua penyumbang yang menjayakan program Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) peringkat Negeri Selangor lebih 500 kampit beras dapat diagihkan kepada sasaran di segenap sudut Negeri Selangor dan Program Sandang Raya untuk dinikmati bersama keberkatan Ramadhan ini. Terima kasih khusus untuk semua penyumbang, ABIM Pusat, ABIM Daerah di Selangor terutama ABIM Bangi, ABIM Shah Alam, ABIM Klang, ABIM Kuala Langat, ABIM Hulu Selangor, ABIM Gombak, semua ABIM Daerah, Darul Wardah dan agensi-agensi di bawah ABIM Selangor yang terlibat mengumpul dana dan tenaga. Tidak lupa kepada semua sukarelawan ABIM yang bertungkus lumus memberi khidmat dan bantuan. Itulah yang menjadi impian untuk menggerakkan setiap individu, rasa keprihatinan terhadap umat serta merealisasikan ABIM Sebagai Gerakan Ilmu dan Bakti. Semoga kita dapat meneruskan program-program seperti ini bukan hanya pada bulan Ramadhan tetapi juga bulan yang lain. Ambillah peluang Aidilfitri yang ada ini dengan memenuhkan setiap ruang masa dan peluang mengamalkan sunnah dan beribadah kepada Allah. Memenuhi ruang masa dengan takbir dan amalan-amalan sunat yang dianjurkan.

Kejayaan kita sebagai Muslimin dan Mukminin disambut kemerdekaan pada 1 Syawal. Merdeka dari bentuk fikir, jasmani, emosi dan rohani setelah melalui proses pembersihan sepanjang bulan Ramadhan. Tidak lupa juga diucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang Ke 54 bagi tahun 2011. Semoga kemerdekaan pada tahun ini lebih bermakna dan memberikan harapan lebih besar dalam usaha kita semua memacu usaha dakwah di Negeri Selangor khasnya dan seluruh negara umumnya.

Kesempatan yang ada ini, mewakili Saf Qiyadah pimpinan ABIM Negeri Selangor memohon kemaafan andai tersilap kata dan perbuatan dalam melaksana tanggungjawab dan amanah yang di galas. Tunjuk ajar dan peneguhan amat diperlukan dalam tanzim mengurus gerakan ini. Semoga dengan bekalan yang terbaik Ramadhan kali ini, kita diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar walillahilham.

MENEGAKKAN KEBENARAN DAN KEADILAN


KHAIRUDIN BIN ABAS
Yang Dipertua
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Selangor Darul Ehsan

[Mengenai ABIM]
[Laman Utama]

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR