PERBINCANGAN SURAH ALI IMRAN AYAT 153 - 164
Ulasan lanjut
Surah Ali-Imran, 3:156-164.
1. Muamalah yang baik merupakan cara Rasulullah ﷺ berinteraksi dengan kaumnya sebagai tanda pernyataan kepimpinan dan hikmah Baginda ﷺ yang tinggi.
2. Rasulullah ﷺ merupakan orang yang paling banyak mengadakan mesyuarat dengan sahabat-sahabatnya.
3. Pernah kaum Yahudi menawarkan kepada Rasulullah ﷺ agar tidak melaksanakan perang dan sebagai ganjarannya, sepertiga daripada hasil tamar di Madinah akan diserahkan kepada Rasulullah ﷺ. Rasulullah ﷺ hampir-hampir bersetuju dengan syarat tersebut namun dibantah oleh Saad bin Mu'ath Saad bin Ubadah.
4. Amanah, keikhlasan, kejujuran, istiqamah dan taqwa merupakan ciri-ciri yang mesti ada dalam permesyuaratan.
5. Rasulullah ﷺ sering mengambil pandangan majoriti dalam memutuskan sesuatu.
6. Setelah bermesyuarat, berazamlah dengan membuat keputusan dan bertawakkallah kepada Allah.
7. 2 pemberian oleh Allah kepada mereka yang bertawakal: 1) Allah suka kepada hamba-Nya. 2) Allah beri kecukupan dan satu jaminan.
8. Mesti berwaspda dengan gelagat orang-orang munafiq yang sentiasa mencari jalan melemahkan umat Islam dan mencari alasan untuk tidak bersama dengan perjuangan umat Islam.
9. Kita berserah diri kepada Allah dengan keikhlasan dan keyakinan yang tinggi, maka Allah akan memberikan nikmatNya.
10. Sahabat-sahabat Rasulullah ﷺ bertawakal dengan sebulat-bulatnya kepada Allah.
11. Biarlah doa kita untuk panjang umur itu adalah untuk kebaikan diri kita dan mematangkan tindakan kita.
12. Tawakal itu merupakan di dalamnya ada satu proses dengan merancang, berusaha, bertindak dan berserah diri kepada Allah.
0 comments:
Post a Comment