Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




BERDAKWAH DI LAPANGAN

10 Ramadan 1434H, Petaling Jaya Selangor - Ramadan merupakan bulan yang di dalamnya mempunyai pelbagai kelebihan dan hikmah dan salah satunya adalah Lailatul Qadar. Ia adalah bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. Maka, umat Islam berpusu-pusu ke masjid dan melakukan pelbagai kebaikan dan meningkatkan amalan ibadah khusus agar Ramadan diisi dengan segala peluang yang diberikan untuk mengumpul pahala sebanyak-banyaknya.

Namun, bagi ABIM Selangor, ia tidak ditamatkan dengan peribadatan semata-mata. Ramadan juga sebenarnya adalah medan untuk membina jatidiri dakwah, mencelikkan deria rasa prihatin terhadap umat. Maka, sekumpulan ahli ABIM Selangor telah berjaya menganjurkan aktiviti bersifat marahil dengan mengedarkan 100 biji burger bakar dan minuman kepada belia-belia di sekitar Kampung Lindungan Petaling Jaya.

Misi dimulakan pada lewat jam 11.00 malam selepas tamat mendirikan solat sunat tarawih di Masjid Kampung Lindungan. Alhamdulillah, misi ini bertujuan untuk merapati kelompok remaja dan belia dan di sekitar Kampung Lindungan dengan membawa mesej Ramadan adalah peluang untuk menambahkan pahala pada amal kebaikan. Usaha ini adalah sebagai satu pendekatan untuk merepati masyarakat pada masa yang sama memberikan mereka pengetahuan dan maklumat tentang Islam dan kehidupan.

0 comments:

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR