Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




Resolusi Usrah: Cambahkan Amalan Ramadhan di bulan-bulan yang lain.

a. Kekuatan, kesungguhan, keihklasan yang dimiliki ketika Ramadan :

1. Boleh bangun awal sebelum subuh.
2. Sempat melakukan solat-solat sunat sebelum Subuh.
3. Solat Subuh berjamaah.
4. Terkadang mampu puasa tanpa bersahur.
5. Berusaha kuat untuk tidak mengurangkan pahala puasa dgn melakukan dosa-dosa kecil.
6. Berusaha untuk solat berjamaah pada awal waktu.
7. Berusaha mencari pahala tambahan dengan bersedekah, berbaik sangka dan mengajak ke arah kebaikan.
8. Berusaha mengukuhkan silaturrahim dengan mengundang sahabat dan sanak saudara untuk berbuka bersama.
9. Berusaha melakukan sunat-sunat sampingan seperti doa keluar rumah, doa naik kenderaan, sering beri salam, dan lain-lain.
10. Membaca Al-Quran setiap hari, dan berusaha untuk khatam sekurang-kurangnya sekali dalam bulan Ramadhan.
11. Melaksana ibadah-ibadah tambahan secara berjamaah.
12. Berusaha keras melawan nafsu.
13. Berusaha untuk qiamullail dan bermunajat sebagai seorang hamba yang hakiki.

b. Ke mana hilangnya kekuatan tersebut pada bulan-bulan yang lain ? hinggakan 20% dari amalan itu pun seolah-olah tak terdaya hendak dilaksanakan.

Sedangkan ALLAH yang kita sembah dan dekati di bulan Ramadhan adalah Tuhan yang sama kita sembah di bulan-bulan yang lain.

Alangkah hipokritnya kita dlm persoalan ini, bila kita berubah 180 darjah, sangat jauh bezanya diri kita dalam ramadhan dan syawal.

Apakah Tarbiah/madrasah Ramadhan terlalu singkat untuk mengikis keperibadian kita yang sentiasa di saluti noda-noda yang tak terhapus dgn tempoh sesingkat itu?

Inilah persoalan-persoalan yang ditimbulkan untuk mengajak setiap insan bermuhasabah, dan meyakini bahawa kekuatan Ramadhan yang dimilikinya boleh sahaja diaktifkan dibulan-bulan yang lain.

Salam Syawal

2 comments:

Alhamdulillah, panjang lagi umur aku ini. Sehingga hari ini, Allah masih beri peluang untuk aku terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Berbakti? Alahai, kuat sangat ke aku ni berbakti? Itulah persoalan yang aku kena rungkai sendiri. Adakah segala perbuatan dan usaha aku ini untuk agama atau nama aku sendiri? Risaunya...

Terkenang aku pada awal pagi Syawal hari tu.... Ramai orang ke masjid untuk sembahyang raya (solat Aidilfitri)... Seronok dan bersahaja je semua... Aku salah seorang daripada yang ramai-ramai tu... Biasa la... Cuma jadi orang yang biasa je la pi ke masjid tu...

Terdengar laungan takbir... hati ku bergetar... Setiap kali mendengar kalimah Allahu Akbar, aku berkata dalam hati... Maha Besarnya Allah, sungguh hebat ciptaan dan kuasa – NYA... Tiba-tiba hati aku ini bertambah sayu dan menangis... Kenapa aku menangis? Ramai orang mungkin ingatkan orang yang telah mati tidak dapat beraya bersama-sama, tapi bagi aku ini adalah pagi muhasabah yang besar dalam sejarah aku menjadi seorang muslim yang aku harapkan mukmin juga... Aku terfikir, adakah sepanjang Ramadhan aku ini sudah bersedia untuk berhadapan dengan 11 bulan yang akan datang?

Aku terdengar Allahu Akbar lagi, aku terus menangis... Jika pagi ini, aku dan semua jemaah dimasjid ini melaungkan kalimah Allahu Akbar, adakah laungan ini terbukti dengan perbuatan atau hanya adat sahaja? Aku terus menangis... Allahu Akbar... Jika kalimat ini ada di dalam hati ini, nescaya aku takkan mensia-siakan masa muda aku untuk perkara yang kotor dan jijik, lalai dan alpa pada kemudahan dan kemegahan...

Jika kalimah Allahu Akbar ini memayungi pemikiran ku, maka tidak akan ada pemikiran negatif, berprasangka, dan memikirkan sesuatu yang jahat. Tapi malangnya aku terus menangis kerana dapat aku rasakan, bahawa di dalam hati dan akal ku ini belum ada kalimah ini yang dipasakkan... Sebaliknya... berhala besar... BERHALA KEMEGAHAN DUNIA, CINTAKAN DUNIA DAN BERHALA INGINKAN KEMUDAHAN yang akhirnya menyebabkan kita kecundang di sini.

Allahu Akbar, adik-adik dan rakan-rakan ku... Marilah kita belajar dan berusaha untuk menginfakkan diri kita sebaik yang mungkin... menjadi yang terbaik dan lakukan kerja seikhlasnya hanya kerana Allah s.w.t. Berusahalah kita untuk membuang segala berhala yang ada dalam hati kita... Usahlah kita sibukkan diri sangat dengan berhala yang dibina manusia lain, kerana berhala dalam diri kita adalah lebih hampir, lebih besar dan lebih dahulu kita perlu pecahkan. TUNE-lah diri kita bersama....

WAK JURAGAN said...

alhamdulillah...muhasabah yang patut menajadi inspirasi semua aktivis dakwah yang mukhlis ilallah..

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR