Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




SIARAN MEDIA PPSMI

KENYATAAN MEDIA ABIM
9 MAC 2009 / 12 RABIUL AWAL 1430

SELESAIKAN POLEMIK PPSMI DENGAN SEGERA

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik kenyataan Y.A.B Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang ingin keputusan muktamad berkenaan dengan Pembelajaran serta Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diselesaikan dengan secepat mungkin.

Ini memandangkan telah banyak kajian serta perbincangan yang telah dilakukan oleh pelbagai pihak mengenai keberkesanan PPSMI semenjak ia mula dilaksanakan pada tahun 2003 dahulu. Dalam hal ini, ABIM menilai bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperolehi asas yang kuat untuk membuat keputusan berkenaan dengan PPSMI dalam masa terdekat.
Merujuk kepada hujah-hujah yang dikemukakan menerusi kajian-kajian yang dilakukan serta perbincangan- perbincangan yang dilakukan di kalangan tokoh-tokoh akademik serta bahasa, ABIM merasakan amatlah wajar untuk KPM memansuhkan PPSMI samasekali, kerana ia tidak menunjukkan sebarang perubahan yang positif serta nyata.
ABIM juga ingin melahirkan perasaan kesalnya ke atas tindakan kasar pihak berkenaan ke atas tokoh-tokoh bahasa terutama sekali Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said pada 7 Mac yang lalu, kerana ia seakan tidak menghormati kedudukan serta status mereka selaku ahli bahasa ataupun pakar dalam bidang berkenaan.

DEMI KEBENARAN DAN KEADILAN

YUSRI MOHAMAD
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

3 comments:

WAK JURAGAN said...

Wak Setuju sangat dengan Gerakan mansuhkan PPSMI ni kerana ramai sangat dah anak-anak melayu yang jadi korban. Wak cadangkan Mata pelajaran Bahasa Inggeris diperkasakan. Bawalah pakar2 dari luar untuk bantu tingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dengan melatih guru2 dengan modul yang terkini.Ramai yang komplen - "Lain yang sakit lain yang dirawat".

indahcinta said...

Memperteguh bahasa Melayu adalah perjuangan yang masih belum selesai,
memperkasakan Bahasa Inggeris adalah keperluan dalam era sekarang.

Kenapa tidak diperkasakan Bahasa Ingg dalam mata pelajaran B. Inggeris sahaja.?

tokz said...

Bahasa Melayu akan menjadi kuat sekiranya ia menjadi bahasa ilmu seperti bahasa cina dan bahasa arab (dahulu) dan bahas inggeris (sekarang).

Kalau orang melayu sendiri menggunakan bahasa rojak dalam percakapan mahupun tulisan, janganlah kita nak mendabik dada sebagai pejuang bahasa...

Wallahua'lam

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR