Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




ABIM BERSAMA MENJAYAKAN ZIARAH HOSPITAL SEMPENA BULAN DAKWAH NEGERI SELANGOR 1430H


ABIM Daerah Kuala Langat bersama-sama menjayakan program ziarah hospital 2009 sempena Bulan Dakwah Selangor 2009 pada 18 Mac 2009.

Program yang dirasmikan oleh YAD Raja Dato' Hj Uzair bin Tengku Zainon Rashid Shah , Engku Penggawa Muda Paduka Maha Bijaya, Orang Besar Daerah Kuala Langat ini bermula jam 3.00 hingga 5.00 petang di Hospital Banting.

ABIM diwakili oleh Yang Di Pertua Daerah Kuala Langat merangkap Pen. Setiausaha Negeri Sdr Khairudin bin Abas bersama 5 aktivis ABIM dari Unit SYABAB Kuala Langat bersama dengan NGO Islam yang lain seperti sahabat hospital, PERKIM Kuala Langat, LKPIS Kuala Langat dan juga penganjur utama Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Langat.

Program ini juga menemukan generasi keempat ABIM dengan mantan pimpinan ABIM Daerah Kuala Langat yang awal Ustaz Idris Ahmad yang kini aktif dalam Sahabat Hospital . Program ini akan menjadi titik awal untuk ABIM Kuala Langat bekerjasama dengan NGO Islam lain dan PAID Kuala Langat terutamanya.

4 comments:

Anonymous said...

masukkan gambar encik moderator

~DARWA~ said...

Tahniah ABIM Kuala Langat. kalau dapat gerakkan senior2 untuk terlibat dalam program outreach ni.
Qiadah muda boleh tumpu kepada agenda lain.

Anonymous said...

tahniah kepada ABIM Kuala Langat yang sentiasa maju kehadapan..... tahniah yang teramat sangat...

CikguDin said...

Jazakallahukhairul jaza'.
Sokongan anda diperlukan.

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR