USRAH 3 GENERASI (3G) SELANGOR
Tajuk usrah yang dibawa berkisar dari Takbir Mimpi Raja dalam Surah Yusuf. Pembentang telah menyingkap beberapa peristiwa agung Kisah Nabi Yusuf bermula detik awal mimpi yang dianugerahkan oleh Allah waktu kecilnya hingga baginda menjadi penguasa di Mesir.
Perbincangan ini berjaya mengaitkan beberapa isu semasa yang berlaku di dunia umumnya dan juga di Malaysia amnya yang mempunyai kaitan erat dari sudut ekonomi dan politik semasa. Lebih-lebih lagi kegawatan ekonomi global dan politik semasa kini banyak mewarnaikan perbincangan di kalangan ahli usrah. Ayat-ayat di dalam surah Yusuf banyak mengajar umat bagaimana kaedah merancang ekonomi dari Al quran.
Semoga pertemuan yang penuh hikmah ini dapat membuka banyak peluang bagi 3 generasi mengukuhkan semula hala tuju perjuangan ABIM khasnya dalam konteks isu-isu ummah di Selangor. Sokongan dan idea dari semua amat diharapkan agar program seumpama ini dapat disegarkan semula.
4 comments:
ruginye tak dapat hadir awal
huhu
dan beruntunglah orang-orang yang duduk dalam satu taman antara taman-taman syurga
salam..
ada lagi ke usrah 3G ini pd ms2 akan dtg..?
sy "ahli" pkpim (pd nama shj) , tp tekapai2 dan tak tahu apa2 aktiviti..
syukur terjumpa blog ni.. kalau ada program2 lain2 harap dpt maklumkannya disini, krn sy benar2 ingin sertai program2 yg ada..
syukran..
salam..
ada lagi ke usrah 3G ini pd ms2 akan dtg..?
sy "ahli" pkpim (pd nama shj) , tp tekapai2 dan tak tahu apa2 aktiviti..
syukur terjumpa blog ni.. kalau ada program2 lain2 harap dpt maklumkannya disini, krn sy benar2 ingin sertai program2 yg ada..
syukran..
Post a Comment