Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




Tamrin Tarbawi Kepimpinan 2011



22 Mei 2011, Sungai Ramal - Seramai hampir 100 orang peserta telah menyertai tamrin yang julung kalinya dianjurkan oleh jamaah WADAH-ABIM-PKPIM. Tamrin yang berlangsung bermula jam 9.00 pagi 21 Mei 2011 dimulakan dengan slot forum bertajuk 'Pemantapan Pewaris Perjuangan Nabi' dengan panelisnya oleh Saudara Suhaimi Latip, YDP ABIM Perak bersama gandingan Saudara Amidi Manan, Timbalan Presiden ABIM.
Sesi pertama membuka gelanggang perbincangan serta rasa minat peserta untuk mendalami isi kandungan sepanjang tamrin. Jelas sekali, kupasan sesi pertama menjurus kepada pembinaan keperibadian sebagai pemimpin ABIM. ABIM Selangor yang menyertai tamrin ini yang diketuai oleh YDP dan yang menyertai adalah bersama 7 orang exco serta wakil-wakil pimpinan daerah Tanjong Karang, Bangi, Sabak Bernam dan Serdang.


Sesi kedua semakin menarik apabil slot yang bertajuk 'Pembinaan Keluarga Islamiyah' dimulakan dan panelisnya adalah Ustazah Hazlina bersama Datuk Idris Jauzi. Selepas membina peribadi, kedua yang terpenting bagi melahirkan pemimpin yang berkaliber di dalam ABIM adalah kerukunan rumahtangga mereka secara peribadi.
Pada sesi petang, aktiviti permainan dimainkan dan dibimbing oleh adik-adik PKPIM. Kemudian diikuti dengan Tazkirah Maghrib yang disampaikan oleh Dr. Mohd Razak Idris kembali mempersoalkan tentang 'mengapa saya di sini?'. Selepas selesai menunaikan solat Isyak, kami diperdengarkan dan dibentangkan Kuliah Tafsir Maudhu'iy yang disampaikan oleh Ustaz Siddiq Fadil. Perbincangan yang panjang dan ia berlangsung sehingga lewat jam 11.30 malam.

Masuk hari kedua, kami memulakan aktiviti seawal 4.00 pagi dengan aktiviti Qiyamullail yang diketuai oleh Dr. Badrul Amin. Selepas tamat kuliah subuh, kami sempat bersama-sama bertemu dan beramah mesra bersama Dr. Badrul Amin. Sesi terakhir kami adalah sesi yang terakhir dan merupakan ucapan utama tamrin bertajuk 'Kekuatan Rohani Teras Kejayaan Dakwah' yang disampaikan oleh Prof. Dr. Razali Nawawi.

Perjalanan lancar dan kami di ABIM Selangor mengucapkan tahniah kepada ABIM Pusat serta jawatankkuasa penganjur yang telah menjalankan tanggungjawab serta bertungkus-lumus mempersiap dan melaksanakan tamrin ini. Kami di ABIM Selangor berazam untuk meneruskan latihan-latihan, tamrin-tamrin yang dicadangkan oleh panelis sebagai bertamrin setiap hari. Ia mungkin bertapakkan dengan kursus pertama Tamrin SISMA atau Kursus Kepimpinan Muda ABIM Selangor 2011 yang bertempat di SRI Al-Huda di Gombak pada 27 hingga 29 Mei 2011.

0 comments:

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR