Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




Salam Maal Hijrah 1432H



Sempena tahun baru 1432H ini mari kita menjejak sunnah utama Rasulullah SAW dalam sehari...agar sentiasa dekat dengan arRasul dalam setiap waktu dan ketika, mendapat perlindungan dan syafaatnya di mahsyar kelak.

Tujuh Sunnah harian Rasul SAW :

1) Solat tahajud
2) Menyelami dan memahami Al Quran
3) Solat Subuh berjemaah di masjid
4) Solat Dhuha
5) Sedekah
6) Wuduk
7) Berzikir

SOLAT TAHAJUD

Malam keintiman dan peristiwa besar

Malam dijadikan bagi menerima estetika hidup yang luhur. Malam adalah makhluk yang menyaksikan peristiwa-peristiwa besar yang mengubah perjalanan hidup manusia dan malam juga makhluk yang istimewa. Selain tahajud, malam menyaksikan berlakunya Nuzulul Quran, Lailatul Qadr, Israk dan Mi'raj arRasul dan malam juga menyaksikan Rasul SAW dan para sahabat berhijrah daripada Mekah ke Madinah.

Allah bersumpah dengan malam di dalam Al Quran di dalam Surah al-Lail (surah 92)
"by the night as it envelops"(1), "by the day as it appears in brightness"(2)

Aktiviti muhasabah, membaca al Quran, memahami dan merenung kehidupan juga amat berkesan pada waktu malam (al Israk 78-79) sehingga menjanjikan maqaman mahmuda.
Malam menyimpan pelbagai hikmah bagi mereka yang bangun mengerjakan amalan soleh, membaca Al Quran dan memahaminya....(al Muzzammil 2-6).

Rasulullah SAW pernah ditanya, "Solat apakah yang paling utama selepas solat lima waktu?", dengan tegas beliau menjawab,"Solat malam!" (Riwayat Muslim)

Selain itu, solat tahajud mempunyai nilai dan kesan baik terhadap kesihatan. Fakta-fakta kewahyuan tentang fadilat solat tahajud tidak dapat disangkal.

Kesimpulannya, mari kita renung wasiat Ibn Arabi yang dipetik daripada sebuah hadis qudsi,
"Ketika turun ke dunia pada sepertiga malam, Allah berkata, 'Sungguh berdusta orang yang mengatakan dia mencintaiku, tetapi dia masih tidur nyenyak dan lalai kepadaku. Bukankah setiap kekasih mahu berkhalwat dengan kekasihnya?Akulah yang mendatangi kekasihku pada kelopak mata mereka. Mereka berbicara denganku dalam musyahadah dan bercakap-cakap denganku dengan khusyuk. Di Hari Kemudian, Aku tetapkan mata mereka pada syurga-syurgaku".

0 comments:

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR