MAJLIS KORBAN EIDUL ADHA

21 November 2010, Rumah Perlindungan & Pemulihan Wanita Islam Darul Wardah dengan kerjasama ABIM Selangor dan Koperasi Belia Islam mengadakan 'Majlis Korban Eidul Adha' dengan tema Dekat Di Mata Lekat Di Hati.
Kehadiran melebihi 100 orang yang mana dihadiri oleh pimpinan ABIM Selangor, sukarelawan, masyarakat dan tidak lupa kepada anak-anak asnaf, mualaf dan fakir miskin. Objektif program adalah untuk mengeratkan silaturrahim, memperkenalkan Darul Wardah dan menghayati pengorbanan seorang da'ie.

Jutaan terima kasih kepada penderma dan hadirin yang datang menjayakan majlis ini. Diharap ia sentiasa mendapat rahmat Ilahi.

EFFENDY B. ZULKIFLY
Pengurus Projek
ABIM Selangor

Comments

KSSB 1438H

Popular Posts