PERTUMPAHAN DARAH DI JALAN KEBUN


Salam aidil adha,Esok, sabtu 20.11.10 akan berlaku pertumpahan darah di Jalan Kebun. Kepada semua sukarelawan harap dapat sama-sama turun ke Medan Jihad ini untuk kita sama-sama membasahkan parang dan kapak dengan darah.

Sasaran telah dikenal pasti berada di belakang rumah Ustaz Zawawi (YDP ABIM Selangor) dan esok adalah masa terbaik untuk kita melakukan aksi mencabar ini. Jadi pastikan anda semua dapat bersama-sama hadirkan diri dalam program ibadah amal jama'ie ini untuk pengukuhan solidariti dan ukhuwwah sesama kita.

MAJLIS KORBAN EIDUL ADHA
'Dekat di Mata Lekat di Hati
20 Nov 2010, Sabtu
Rumah Perlindungan & Pemulihan Wanita Islam Darul Wardah
Lorong Hj Taib Jln Kebun Klang
7.00pagi : sesi penyembelihan & rewang
11.00pagi : taklimat dan jamuan
2.00ptg : bersurai

Selamat berkorban,
Komandan Jihad

Comments

KSSB 1438H

Popular Posts