Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




Bagaimana Al-Quran menceritakan perihal As-Syabab (pemuda dan belia)?

oleh
Ustaz Mohd Harith Osman
Pengurus Projek ABIM Selangor

Didalam Al-Quran diceritakan banyak kisah dan peristiwa-peristiwa menarik berkenaan pemuda mukmin dalam kebenaran imannya dan kesan iman terhadap dirinya dan persekitarannya

Pada zaman yang semakin mencabar ini, kita perlu mencari jalan bagaimana memelihara diri dari terjebak dengan perkara negatif yang merosakkan jati diri dan akhlak sebagai seorang hamba.Budaya dan perilaku yang tidak berlandaskan syara’ semakin memonopoli masyarakat khususnya golongan belia remaja yang menjatuhkan maruah diri dan agama.

Oleh itu, penghayatan berlandaskan Al-quran dan as-sunnah perlu dijana semula dengan mengambil iktibar, contoh, pengajaran serta teladan dengan apa yang telah digariskan dalam Al-Quran seperti kisah-kisah yang menyebut tentang pemuda atau belia yang beriman.

Contoh yang boleh diambil yang diceritakan dalam al-Quran adalah mengenai Nabi Yahya Alaihi Salam. Allah berfirman :




يَـٰيَحۡيَىٰ خُذِ ٱلۡڪِتَـٰبَ بِقُوَّةٍ۬‌ۖ وَءَاتَيۡنَـٰهُ ٱلۡحُكۡمَ صَبِيًّ۬ا (١٢) وَحَنَانً۬ا مِّن لَّدُنَّا وَزَكَوٰةً۬‌ۖ وَكَانَ تَقِيًّ۬ا (١٣) وَبَرَّۢا بِوَٲلِدَيۡهِ وَلَمۡ يَكُن جَبَّارًا عَصِيًّ۬ا (١٤


وَسَلَـٰمٌ عَلَيۡهِ يَوۡمَ وُلِدَ وَيَوۡمَ يَمُوتُ وَيَوۡمَ يُبۡعَثُ حَيًّ۬ا (١٥




[12]"Wahai Yahya, terimalah Kitab itu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh! Dan Kami berikan kepadanya Hikmat kebijaksanaan semasa ia masih kanak-kanak.
[13]dan (Kami mengurniakannya) rahmat dari sisi Kami, serta kelebihan yang kembang manfaatnya; dan ia seorang yang bertaqwa.
[14]Dan ia taat serta berbuat baik kepada ibu bapanya, dan ia pula tidak sombong angkuh atau derhaka.
[15]Dan (Kami limpahkan) kepadanya selamat sejahtera pada hari ia diperanakkan, dan pada hari ia mati, serta pada hari ia dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat).

(Surah maryam: 12-15)

Dalam ayat yang mulia ini menerangkan bagaimana memotivasi atau mendorong ke arah :

· Memupuk jiwa yang bersih , bertaqwa, hubungn yang baik bersama keluarga, mentaati ibu bapa

· Memupuk akhlak yang baik , hati yang bersih dalam menjaga hubungan antara sesama makhluk dan pencipta seperti yang disebut dalam ayat ke 14:





وَبَرَّۢا بِوَٲلِدَيۡهِ وَلَمۡ يَكُن جَبَّارًا عَصِيًّ۬ا (١٤

“Dan ia taat serta berbuat baik kepada ibu bapanya, dan ia pula tidak sombong angkuh atau derhaka”

· Mencari kesejahteraan didunia dan akhirat seperti yang disebut dalam ayat ke 15.

Bagaimahakah memperoleh kesejahteraan dan keselamatan didunia dan akhirat seperti Nabi Yahya Alaihi Salam?dan bagaimanakah memperoleh akhlak yang indah itu?dan bagaimana pula kemuliaan dan ketinggian taqwa itu?

Semua ini akan kita perolehi dalam firman Allah dalam ayat 12 tadi:

يَـٰيَحۡيَىٰ خُذِ ٱلۡڪِتَـٰبَ بِقُوَّةٍ۬‌ۖ وَءَاتَيۡنَـٰهُ ٱلۡحُكۡمَ صَبِيًّ۬ا (١٢)

"Wahai Yahya, terimalah Kitab itu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh! Dan Kami berikan kepadanya Hikmat kebijaksanaan semasa ia masih kanak-kanak ”

Iaitu bersungguh-sungguh dalam memahami Islam, bersungguh-sungguh dalam memikul tuntuan dakwah, bersungguh-sungguh dalam mengamalkannya dan sabar, dan bersungguh-sungguh dalam keimanan dan keyakinan kepada Allah Taala dengan Al-Quran.


Itulah yang diperlukan oleh kita, apa yang berlaku pada remaja belia kita hubungannya dengan al-quran amatlah lemah dan rapuh sehinggakan apabila kita bertanya kepada mereka, adakah kamu membaca Al-quran?bagaimana pembacaan al-quraan kamu?adakah kamu meluangkan sedikit masa kamu untuk bertadabbur memahami isi kandungan ayat dan hukumnya?Amatlah malang apabila jawapan yang diberi adalah “tidak!”

Kita simpulkan bahawa pemuda dan belia yang lahir dibawah lembayung Al-quran itu pastinya membawa kepada generasi yang cemerlang dengn mengamalkannya, memahami dan membacanya isi kandungannya dan dari situlah akan terpancarnya Nur Hidayah dan kelurusan serta kesantunan akhlak.

Maka, syiar dan motivasi kita adalah :

يَـٰيَحۡيَىٰ خُذِ ٱلۡڪِتَـٰبَ بِقُوَّةٍ۬‌ۖ

-Ringkasan coretan dari kitab "Sina'ah As-Syabab" (membentuk belia Islam) karangan Dr.Muhammad Said Hawa

0 comments:

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR