Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




MESYUARAT EXCO KANAN KALI PERTAMA


5 Julai 2010, Jalan Kebun, Shah Alam - Pimpinan Kanan ABIM Selangor telah bersidang bermesyuarat buat pertama kalinya di rumah YDP ABIM Selangor, Ustaz Zawawi. Pertemuan pertama semenjak pengumuman saf pimpinan ketika muktamar yang lalu memperlihatkan kehadiran dan komitmen yang baik dari pimpinan kanan iaitu TYDP, Sir Khairuddin, SU Kewangan, Hidayah, juga Ustaz Zawawi selaku YDP dan pengerusi mesyuarat.

Gagal hadir bersama dengan sebab ialah Haryati (HELWA) dan Ustaz Muszaki (PSUN 1) atas sebab kesibukan tugasan ditempat kerja dan halangan yang dimaklumkan. Mesyuarat membentangkan 2 agenda utama iaitu perlantikan exco ABIM Selangor serta induksi pimpinan. Sebagai makluman awal kepada bakal exco dan pimpinan kanan, induksi kepimpinan akan diadakan pada 20 sehingga 22 Ogos (Ramadhan) 2010. Segala maklumat lanjut akan diberitahu kelak melalui medium perhubungan yang lain.

Mesyuarat pimpinan kanan diteruskan dengan usrah yang dihadiri lebih kurang 9 orang ahli ABIM Selangor sebagai mengalu-alukan kepimpinan kanan yang baru. Tajuk yang dibentangkan oleh YDP adalah berkaitan dengan menziarahi keluarga sahabat yang sakit, di mana di akhir perbincangan tersebut, terdapat cadangan dan pandangan yang bernas yang dapat dibaca di laporan usrah.


Setiausaha Negeri
6 Julai 2010
Kuala Selangor

0 comments:

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR