Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




SAMBUTAN HARI BELIA SELANGOR

9 Julai 2010, Kuala Selangor - Hari Belia Selangor kali ini mengetengahkan Sambutan Pembebasan Gaza dan Solat Hajat di Masjid Pekan Kuala Selangor. Kehadiran yang memberangsangkan berjaya memberikan suasana sebenar yang sedang berlaku di dunia luar tentang isu keganasan tentera Zionis Israel.

Alhamdulillah, ABIM menjadi sebahagian dari kelompok penganjuran malam sambutan yang juga diadakan bersempena sambutan Israk dan Mikraj. Program sebegini telah mendapat respon yang baik daripada pihak masjid sendiri begitu juga dengan penduduk sekitar kerana ia berjaya memberikan inpak kesedaran kepada masyarakat yang hadir.

Pada malam tersebut, diadakan solat hajat beserta forum yang dimoderatorkan oleh Ustaz Nasir (Guru di SK Tiram Jaya) dan panelisnya adalah saudara Azmer dari KUIS dan Ustaz Zul (Pengerusi Al-Aqsa- Al-Syarif Selangor). Semoga usaha-usaha begini mampu mendekatkan masyarakat kepada isu agama dan kepentingannya. Sesuai dengan visi ABIM, menjadi gerakan yang berteraskan ilmu dan bakti, memberikan pendidikan kepada masyarakat harus menjadi keutaman.

Majlis penutupan dan penganugerahan belia akan dianjurkan pada 11 Julai 2010 yang akan dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan. Ekspo jugaberlangsung dan tema yang dipilih adalah pendidikan.

Terima kasih.


Setiausaha Negeri
11 Julai 2010

0 comments:

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR