Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




YOUNG ABIM CAMP 2010 : ARE YOU L.O.S.T (2)?

Alhamdulillah, Program Young ABIM Camp 2010 : Are You L.O.S.T (2)?, telah berjaya diadakan pada 7-9 Jun di Kem Raudhah Gombak. Peserta yang mendaftar adalah seramai 38 orang.(ada peningkatan sebanyak 15 orang berbanding tahun lepas). Paling tua ialah 15 tahun dan paling muda ialah 5 tahun. Kebanyakan peserta adalah di kalangan anak ABIM dan anak agensi ABIM Selangor seperti MRA, Hospital Al-Islam, SERI gombak & sg ramal dan anak-anak exco.

Program 3 hari 2 malam yang menekankan konsep aktiviti luar yang mana menguji ketahanan fizikal, turut diterapkan unsur-unsur kerohanian serta budaya ABIM. Antara aktiviti yang menjadi tarikan peserta adalah seperti tour de rimba, young warrior, walk of taqwa dan jihad race. Pengalaman berdikari seperti tidur dalam khemah, membakar keledek dan demo pertolongan cemas turut memberi satu kemahiran baru kepada peserta untuk dipraktikkan dalam keadaan yang memerlukan.


Semoga program ini dapat membentuk jati diri anak-anak yang :
- Luar biasa dalam membina kehidupan sebagai hamba Allah dan khalifah Allah
- Optimis dalam menghadapi halangan dan dugaan kehidupan
- Semangat yang cekal dan istiqamah
- Taqwa dan sentiasa mencari peluang untuk menambah keimanan dalam diri.

InsyaAllah kita akan berjumpa lagi Young ABIM Camp 2011 !



1 comments:

WAK JURAGAN said...

Tahniah kepada semua team LOST yang telah berjaya menggerakkan program anak-anak daie muda terutama kepada Sis Dayah yang samapai demam-demam. teruskan usaha anda semua.

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR