Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




ABIM Ajak Masyarakat Boikot Israel

Hanya Kain Rentang ABIM (selain kain rentang MAIS) yang dipasang di depan perhimpunan!

Lebih 5,000 orang hadir termasuk mujahid-mujahid ABIM Selangor. Bahkan jutaan lagi yang turut membenci dengan hati atas kemungkaran tersebut!

YDP ABIM anta 10 orang pemidato dari kalangan ahli politik dan pimpinan NGO yang dijemput untuk menyatakan aspirasi mereka.


Hancur ! Hancur! Hancur! Zionis!!!

Ungkapan keramat ini terus berkumandang di Stadium Malawati , Shah Alam pada khamis - 3 Jun 2010 yang lalu. Seramai 5000 orang rakyat Selangor hadir sebagai melahirkan rasa solidariti dan ukhuwwah imaniyyah kepada rakyat Gaza, Palestin.

YDP ABIM Selangor yang diundang disaat-saat akhir oleh wakil Kerajaan Selangor untuk berucap menjadikan ruang dan peluang ini untuk mengajak lebih ramai anak muda Selangor untuk turun ke jalanraya pada 4 Jun 2010. Satu rapat umum raksasa sejuta umat akan diadakan selepas solat jumaat. perarakan bermula di Masjid Kg Baru, Kuala Lumpur dan berakhir di Kedutaan Amerika.
( Ada ayang membacanya dengan nada sinikal - AMIRUKA-yang bermakna ketua kamu').

Seorang Wakil didatangkan khas dari Gaza, Saudara Husin Muhamad oleh pihak penganjur. Beliau menyatakan rasa terharu dan terima kasih kepada seluruh umat Islam di Malaysia yang bangun membantah kekejaman Israel.
" Apabila saya berada disini, saya merasa keliru sama ada saya berdepan dengan rakyat Palestin atau rakyat Malaysia" ujar lagi.

Turut dijemput hadir ialah YB sekincahan Ng Sue Lim. Beliau berjaya menarik perhatian yang hadir dengan pidatonya yang mantap dalam bahasa Jawa yang fasih. "Kalau tak tengok muka mungkin orang ingat dia ni anak Jawa", kata rakan disebelah.

sokongan dari pimpinan bukan Islam ini jelas menunjukkan bahawa isu Gaza ini bukanlah isu keagamaan tetapi isu kemanusiaan sejagat. Kita harus mengajak lebih ramai lagi pemimpin dan masyarakat bukan Islam untuk turut membantu rakyat Gaza dan menentang kezaliman Yahudi Zionis.

Majlis berakhir dengan ucapan dari YAB Dato' Menteri Besar Selangor , Tan Sri Dato' Khalid Ibrahim. Sebelum itu YB Dr Hasan Ali selaku Exco Agama dan penganjur rapat umum ini turut menyampaikan pidato berapinya untuk membakar semangat peserta yang hadir. Namun sebahagian peserta telah beransur balik kerana kebanyakannya adalah pelajar universiti yang terpaksa balik awal kerana esok ada kuliah.

Nampaknya , masyarakat awam yang sepatutnya menghadirkan diri ke program ini tidak kesampaian sedangkan puluhan ribu masyarakat bukan Islam diEropah bangkit dan keluar ke jalan raya berarak menyatakan protes mereka.

Agaknya masih ramai yang terlena ,enak dibuai dan didodoi dengan lagu-lagu merdu dan dirantai dengan rancangan -rancangan menarik yang disiarkan oleh stesen2 dan syarikat produksi Yahudi.

Nampaknya Program Boikot ABIM akan berdepan dengan cabaran besar!

0 comments:

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR