Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




KES AMINULRASYID JADIKAN IKTIBAR

ABIM Selangor merakamkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Amiulrasyid. Pada 3 Mei 2010, Sekretariat, Mantan Ketua Helwa beserta sukarelawan ABIM Selangor sempat turun padang ke rumah Allahyarham untuk mendengar kenyataan secara langsung dari sahabat Allahyarham yang sama-sama terlibat dalam kejadian itu.

Hasil daripada pemerhatian di atas kes ini, ABIM berpendirian berpendirian bahawa ada beberapa perkara penting yang perlu ditegaskan dalam memastikan isu ini benar-benar ditangani dengan telus selain kedaulatan undang-undang dapat dijunjung sepenuhnya.

ABIM menggesa lapan tindakan diambil seperti berikut:

· Menyokong permintaan keluarga mangsa agar kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menjamin ketelusan, membela kehormatan maruah Allahyarham serta keluarganya, di samping mengembalikan keyakinan rakyat terhadap PDRM yang menjunjung moto perkhidmatan, “Mesra, Cepat dan Betul”.

· Menggesa semua pihak agar menghentikan segala kenyataan berbentuk tuduhan, sindiran serta spekulasi yang boleh mengeruhkan suasana serta menjatuhkan maruah Allahyarham selain mengguris hati serta perasaan keluarga arwah terutama ibunya.

· Menggesa kerajaan melantik wakil dari NGO untuk menganggotai suruhanjaya itu bagi memantau siasatan polis dalam kes ini bertujuan menjamin keadilan dan ketelusan sewajarnya bagi mengelakkan isu siasatan ini dipolitikkan.

· Lebih ramai saksi yang menyaksikan kejadian itu tampil memberikan kerjasama tanpa sebarang ancaman atau ugutan daripada mana-mana pihak demi mencapai proses keadilan.

· Abim juga menyeru agar lebih banyak NGO yang berpengaruh dan badan hak kemanusiaan menggerakkan kesedaran pendidikan hak asasi untuk rakyat Malaysia sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

· Menggesa kerajaan agar lebih tegas dalam usaha memperkasa ketelusan dan kepimpinan PDRM untuk membaikpulih imej wibawa dan nama baik PDRM di mata masyarakat.

· Abim juga mahu ibu bapa lebih bertanggungjawab dan secara serius memantau aktiviti anak masing-masing bagi mengelakkan sebarang kejadian lain yang tidak diingini. · Abim juga faham dengan beban dipikul PDRM untuk menjaga keselamatan negara. Justeru, PDRM perlu mempertingkatkan tahap profesionalisme dalam menjalankan tugas untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini daripada berulang.
........................
* Berita ini telah disunting dari hasil tulisan Puan Fadhlina Siddiq, Naib Presiden Hal Ehwal Wanita ABIM (Helwa) dan lanjutan maklumat boleh ke link berikut :

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KesAminulrasyidjadikaniktibar/Article

1 comments:

WAK JURAGAN said...

Kesedaran tentang isu ini amat mahal harganya..satu kematian satu kesedaran.

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR