Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




SYARIKAT AMANAH RAYA BERHAD PRIHATIN

Pada 23 April 2010, Rumah Perlindungan dan Pemulihan Wanita Islam Darul Wardah menerima kunjungan dari warga kerja Syarikat Amanah Rakyat di bawah Jabatan Care Management. Lawatan ini adalah salah satu aktiviti syarikat yang merasakan perlunya tanggungjawab sosial ke atas masyarakat.

Ustazah Hazlina Abd Razak selaku Pengasas Rumah Perlindungan dan Pemulihan Wanita Islam Darul Wardah menerangkan fungsi dan aktiviti yang dijalankan, kepada ahli rombongan yang diketuai oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Alina Hashim dan Ketua Jabatan Care Management, Nik Salina Nik Idris.

Beliau menegaskan mengapa perlunya pusat seperti ini ialah kerana kes remaja hamil luar nikah semakin tinggi dan ini bukan bermakna pusat ini sekadar untuk menutup aib, tetapi untuk memberi pemulihan dari segi ilmu agama dan kekukuhan dalaman.

.............................
* Berita disunting dari web utusan dan berita harian, juga ada berita aktiviti yang dijalankan di Darul Wardah:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0506&pub=utusan_malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm&arc=hive

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Masyarakatperluberisokongan_bukanpenghinaan/Article/index_html

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Rumahperlindunganwanitabukantempathapusaib/Article/index_html

1 comments:

WAK JURAGAN said...

terima kasih kepada Exco dan Staf ABIM Pusat khasnya Bro P Aizan dan Sis Fadhlina yang telah mengusahakan program ini berjalan dengan jayanya.

Kalau ada Syarikat korporat atau GLC lain yang berminat menjadi bapak angkat kepada DARWA sangat dialu-alukan.

Wak Juragan

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR