Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




Siaran Media - Jangan Persenda Syariah Islam ; Ambil Tindakan Segera.

Hari ini, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Selangor membuat laporan polis terhadap kenyataan Joint Action Group for Gender Equality (JAG) yang disertai oleh SIS dan WAO serta jaringan mereka melalui memorandum kepada YAB Perdana Menteri bertajuk Justice For Kartika bertarikh 25 ogos 2009 telah mendesak Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri MEMANSUHKAN UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH yang sedang berkuatkuasa di negeri-negeri (Sila rujuk sinchew.com untuk memorandum penuh mereka bertajuk “Justice for Kartika”). Sehingga petang ini , sebanyak 11 laporan polis telah dibuat oleh jaringan ABIM di negeri Selangor dan dijangka banyak lagi akan dilaporkan sehinga minggu hadapan. Laporan ini dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di seksyen 11 Shah Alam.3 laporan dibuat srentak iaitu daripada ABIM Negeri Selangor sendiri melalui Yang Di Pertua, Ustaz Mohd Zawawi bin Ahmad Mughni, Pengerusi , Rumah Perlindungan Darul Wardah, Ustazah Hazlina Abd Razak dan Sdr Zafrullah Aris , Setiausaha Agung, Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS).

Oleh yang demikian , Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Selangor :

1.Memohon agar pihak polis untuk menyiasat sedalam-dalamya perkara ini memandangkan kenyataan-kenyataan tersebut yang dibuat secara lisan atau bertulis atau dengan gambaran yang tampak atau dengan apa-apa cara lain menghina agama Islam. Tuntutan ini adalah bersifat hasutan dan menjejaskan kedaulatan Raja-raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam serta menghina martabatnkedudukannmahkamahnSyariah

2.Menyeru semua pihak terutama NGO Islam lain dapat bersama-sama menyatakan pandangan dan bantahan dalam menangani isu ini. Pemahaman bagi semua lapisan masyarakat perlu dibuat dan diusahakan agar masyarakat tidak terkeliru atas perbalahan pendapat melalui tulisan atau sebagainya.

3.Memohon Jabatan Mufti Negeri Selangor Darul Ehsan atau badan-badan rasmi yang berkaitan memberikan pandangan dan panduan sewajarnya kepada masyarakat umum agar masyarakat tidak teraba-raba mencari jawapan yang sebenar

4.Menggesa semua pihak terutama JAG, SIS dan WAO menghormati keputusan yang telah dibuat dan tidak menimbulkan lagi kekeliruan agar masyarakat dan umat Islam di negara ini tidak berpecah belah.

Untuk memberi penjelasan dan penerangan sebenar bagi isu ini, ABIM Negeri Selangor bercadang menganjurkan satu seminar yang dijadualkan pada 22 Oktober 2009 ini. Pemakluman lanjut akan diberitahu kelak.

Mohd Zawawi bin Ahmad Mughni
Yang Di Pertua ABIM Negeri Selangor Darul Ehsan
9 Oktober 2009

1 comments:

Seminar 'HAPUSKAN UNDANG-UNDANG SYARIAH?

14 Nov 09.( Sabtu )
Masjid Negeri Selangor.
Kehadiran : 250 orang
Anjuran
ABIM Selangor
dengan kerjasama
JAIS

maklumat lanjut akan disiarkan kemudian

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR