Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




Isu Kartika: ABIM Buat Laporan Polis

Shah Alam – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Selangor membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, dekat sini, berikutan kenyataan Joint Action Group For Gender Equalty (JAG) yang disertai SIS dan WAO melalui memorandum mereka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bertajuk ‘Justice For Kartika’ pada 25 Ogos lalu. Yang Dipertua ABIM Selangor, Ustaz Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, tindakan ABIM berbuat demikian berikutan kenyataan ketiga-tiga pihak itu iaitu JAG, SIS dan WAO melalui memoran-dum mereka yang mendesak Kerajaan Persekutu-an dan Kerajaan Negeri memansuhkan Undang- undang Jenayah Syariah yang berkuat kuasa di negara ini.

Katanya, sehingga kini, sebanyak 11 laporan polis telah dibuat jaringan ABIM di negeri ini dan dijangka banyak lagi pihak yang akan berbuat demikian sehingga minggu hadapan. “ABIM Selangor berbuat demikian bagi meminta pihak polis menyiasat sedalam-dalamnya perkara ini memandangkan ken-yataan tersebut yang di-buat secara lisan atau bertulis atau dengan gambaran yang tampak dengan apa-apa cara lain menghina agama Islam. “Tuntutan ini adalah bersifat hasutan dan menjejaskan kedaulatan Raja-raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam serta menghina martabat dan kedudukan Mahkamah Syariah,” katanya.

Beliau berkata, pihak-nya berharap semua pihak terutamanya badan bukan kerajaan (NGO) Islam lain dapat bersama- sama menyatakan pandangan dan bantahan dalam menan-gani isu itu.

“Ini adalah kerana pemahaman bagi semua lapisan masyarakat perlu dibuat dan diusahakan agar masyarakat tidak keliru atas perbalahan melalui tulisan dan sebagainya,” katanya.

Mohd Zawawi berkata, pihaknya juga memohon Jabatan Mufti Selangor atau pihak berwajib yang berkaitan memberikan pandangan dan panduan yang sewajarnya kepada masyarakat umum agar masyarakat mendapat penjelasan yang sebenarnya.

“ABIM menggesa semua pihak terutama JAG, SIS dan WAO menghormati keputusan yang telah dibuat dan tidak menimbulkan lagi kekeliruan agar masyarakat Islam di negara ini tidak berpecah belah,” katanya.

Menurutnya, pihaknya bercadang mengadakan satu seminar memberi penjelasan dan penerangan sebenar berkaitan isu itu.

Pada petang itu, tiga laporan polis dibuat serentak iaitu daripada ABIM Selangor sendiri melalui Yang Di pertua, Ustaz Mohd Zawawi Ahmad Mughni, Pengerusi Rumah Per-lindungan Darul Wardah, Ustazah Hazlina Abd Razak dan Setiausaha Agung, Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS) Zafrullah Aris.
Sumber dipetik : www.sinar.com

0 comments:

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR