Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




ABIM Menggerak Belia Lebih Aktif


Imam Muda ABIM al Fadil Ustaz Azman memimpin Solat Maghrib dan Solat Hajat.

Jalan Kebun, 31 Mei 09 – ABIM Selangor dengan kerjasama PEPIAS ( Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Selangor dan PUSPEM ( Persatuan Peniaga Melayu Jalan Kebun ) telah berjaya menganjurkan Sukan Belia dan Kebudayaan di Padang Masjid An Naim, Jalan Kebun.

Yang Dipertua ABIM Selangor, Tuan Hj. Mohd Zawawi Ahmad Mughni menyatakan bahawa :”Program yang menghimpunkan pelbagai aktiviti menarik khusus untuk golongan remaja dan belia seperti Pertandingan bolasepak 5 sebelah, Kembara Gen X, pertunjukan Motorcross dan motorbike, pertunjukan dan pameran layang-layang, Kenderaan 4x4 dan Malam Gala Seni dan Budaya Islami.

Selain dari itu satu seminar berkaitan isu menangani keganasan rumahtangga dan wanita turut diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun. Program Seminar ini turut melibatkan pihak Hospital, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Persatuan Peguam Syarie Malaysia. Ramai kaum wanita dari pelbagai lapisan masyarakat seperti ibu tunggal, ibu tinggal, ibu berkerjaya, suri rumahtangga, wanita profesional dan pemimpin-pemimpin masyarakat telah menghadiri seminar sehari tersebut.Seminar Kesedaran kewujudan OSCC ( One Stop Crisis Centre )adalah anjuran bersama Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita kerajaan Negeri selangor dan Helwa Abim selangor.


Bagi menambahkan lagi ilmu kemahiran keibubapan, satu ceramah khas telah disampaikan oleh Ybhg. Dr. Hajah Ruziah Ghazali, Pengurus Besar Akademi Zakat Selangor telah diadakan bersama dengan Persatuan Ibubapa dan Guru ( PIBG ) Sk Jalan Kebun. Peserta telah didedahkan dengan teknik komunikasi dan pergaulan sesama ahli keluarga dengan menggunakan pendekatan psikologi dan amalan spiritual Islam.

Sambutan yang diberikan terhadap perogram tersebut amat menggalakkan sekali terutama dari kalangan generasi muda. Menurut pihak Celcom yang manaja pertandingan bolasepak tersebut ” Kami amat berpuashati dengan pengurusan penganjuran program ini dan kami cadangkan agar program yang baik seperti ini diteruskan”.

Padasebelah malamnya satu Program Tajammu’ Syabbab’ iaitu perhimpunan spiritual yang dimulakan dengan Solat Maghrib berjamaah, Solat Taubat dan Solat Hajat di Padang dan disusuli dengan aktiviti zikir Munajat dibawah pimpinan Ustaz Azman Ahmad, Exco Dakwah ABIM Selangor.

Kemuncak Program ini diserikan dengan Persembahan Kumpulan al Farabi, Usratika dan NIG ( New Islamic Generation ). Kehadiran mereka dengan lagu-lagu baru yang segar dengan iringan pemuzik-pemuzik muda yang membawa aliran muzik spiritual berjaya menghidupkan suasana malam yang syahdu.
Acara yang menjadi tumpuan adalah program amazing xplorace yang telah disertai oeleh saramai 105 orang remaja. Program yang menguji tahap fizikal, mental ,,spiritual dan emosi remaja berjaya menyuntik semangat setiakawan dan kerjasama yang mantap dikalangan peserta. Acara Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Suhaimi Shafei, Adun Sri Muda..

Yang Berhormat juga tururt sudi meluangkan masa melawat rumah Perlindungan wanita Abim- Darul wardah. Perkongsian maklumat Rumah perlindungan yang dibuka khusus untuk membantu wanita-wanita dan remaja yang terainaya dan memerlukan mendapat perhatian dan sokongan Yang Berhormat Suhaimi Shafei.

ABIM Selangor turut mengadakan Jualan Amal untuk Rumah Perlindungan Wanita ” Darul Wardah” dengan menjual barangan-barang terpakai dengan harga yang sangat murah tapi berkualiti. Sambutan yang diberikan oleh para pengunjung sangat menggalakkan terutama pakaian , buku-buku dan majalah. Kepada yang ingin menyumbang untuk Projek ini sama ada berbentuk barangan atau wang tunai, sila berhubung dengan pengurus Darul Wardah ditalian 019 277 4175 atau layari blog darulwardahselangor.blogspot.com.

2 comments:

Anonymous said...

Cuma nampak UstatMan je..yang lain mana?

Anonymous said...

Syabas dan Tahniah kepada ABIM Selangor yang berjaya menganjurkan program bersama masyarakat.Barulah umat terasa kehadiranmu ABIM..

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR