Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




Program Remaja Bestari


Shah Alam, 14 Jun 09 – ABIM Selangor dengan kerjasama MPP Zon 6, Shah Alam, Surau Al Amin, Seksyen 18 telah berjaya menganjurkan Program Perkasa Remaja Bestari . Tujuan program ini diadakan ialah untuk memantapkan amalan spiritual remaja yang menjurus kepada ibadah solat.

Menurut Pengarah Program, Ustaz Mahyudin Shaari “ Program ini dirancang kerana terdapat kes anak-anak kariah yang masih tidak tahu menunaikan ibadah solat dengan betul, bahkan ada yang tidak tahu solat langsung.”

Pihak penganjur telah menyasarkan penyertaan 100 orang remaja tetapi penyertaan telah meningkat hingga ke 158 orang. Bahkan masih ada yang ingin mendaftar pada pagi program tersebut. Kebanjiran ini menunjukkan bahawa, generasi muda memang terlalu dahagakan aktiviti-aktiviti yang dapat membantu meningkatkan upaya dan prestasi diri mereka.

Program tersebut telah dikendalikan oleh Ustaz Mohd Zawawi sebagai Ketua Fasilitator dan team Fida’ ( Fasilitator Daie ) ABIM Selangor. Perasmian Penutup Program telah disempurnakan oleh YB Hj Yaakop Sapari selaku ADUN Kota Anggerik.

0 comments:

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR