Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




QIADAH ABIM KUNJUNGI PEMBANTU EXCO BELIA

SHAH ALAM, 3 Julai 2008 – Qiadah ABIM Selangor telah mengadakan kunjung hormat kepada Pembantu Exco Belia dan Sukan Selangor , YB Amirudin Shaari di pejabatnya di Shah Alam. Rombongan ABIM terdiri dari YDP, Ketua HELWA dan Exco En. Zamani Karulani telah mengutarakan beberapa cadangan dan syor agenda pembangunan belia di Negeri Selangor.

Perbincangan selama 60 minit itu telah membuka jalan untuk pelaksanaan program dan aktiviti belia yang lebih baik dan berkesan. Beberapa pandangan ABIM telah diterima dengan baik dan akan diberi perhatian dan tindakan susulan secepat mungkin.

Pihak Kerajaan Negeri amat prihatin dengan pembangunan belia dengan beberapa program pembangunan ekonomi dan keusahawanan, kepimpinan dan jati diri belia.

0 comments:

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR