Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




Usrah Gabungan Gombak

Kg Changkat, Gombak, 9 Julai 2008 - Seramai 29 orang telah menghadiri Usrah Gabungan ABIM Daerah-daerah Gombak, Setapak, Wangsa Maju dan Titiwangsa serta PEPIAS. Usrah ini diadakan di Pusat Pendidikan dan Pembangunan Komuniti (PPPK) ABIM Gombak dan PKPIM. Dr Hanafi selaku pembicara telah mengupas Surah Al-Mulk, Ayat 2. Antara lain, ayat ini menegaskan bahawa di dalam kehidupan ini, manusia akan diuji oleh Allah s.w.t. bagi melihat siapakah yang lebih baik amalnya. Seterusnya beliau menekankan bahawa peri pentingnya setiap mukmin menyeru kepada kebajikan dan menegah kepada kemungkara di mana ianya hendaklah dilaksanakan secara hikmah. Sebagai seorang mukmin, setiap kita mestilah melihat 'ke dalam' dengan membuat islah pada diri, keluarga dan masyarakat. Juga, tahap kualiti keikhlasan seseorang dalam beramal hendaklah ditingkatkan. Beliau turut membacakan Surah Shaad, Ayat 82 yang membicarakan tentang sumpah iblis untuk terus-menerus menyesatkan umat manusia. Oleh itu, kekebalan diri mestilah dibina bagi menghindarkan diri daripada gangguan iblis. Ahli-ahli yang hadir juga diingatkan agar betapa peri pentingnya mengikut hukum fekah dengan sebaik-baiknya. Sekiranya tidak tahu, jangan mudah membuat andaian, rujuklah kepada ahli fekah. Akhirnya, setiap daripada kita mestilah meletakkan keyakinan yang tinggi terhadap kebergantungan mutlak kepada Allah s.w.t.

0 comments:

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR