Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




QIADAH ABIM SELANGOR TERIMA ANUGERAH TOKOH BELIA

PUCHONG, 28 Jun 2008 – Ketua HELWA ABIM Selangor, Ustazah hazlina Abdul Razak telah dipilih sebagai Tokoh Belia Wanita Negeri Selangor bagi tahun 2008. Anugerah telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

Majlis yang diadakan di Komplek Rakan Muda Puchong itu dihadiri oleh 1500 orang belia dan pimpinan dari pelbagai pertubuhan belia Negeri Selangor. Berbagai acara diadakan bagi memeriahkan suasana dengan berbagai acara seperti pameran, ‘drift car’, pertandingan kelab rakan Muda dan berbagai-bagai acara lagi.

Berbagai anugerah lain telah disampaikan kepada pemenang seperti Anugerah tokoh kepimpinan, tokoh kesukarelaan, tokoh keusahawanan dan anugerah pertubuhan belia negara. Semoga pengiktirafan ini akan menjadi dorongan kepada generasi muda untuk menggerakkan aktiviti pembangunan belia dengan lebih hebat lagi.

0 comments:

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR