Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




Usrah WADAH Selangor

31 Mei 2008, Meru - WADAH Selangor telah mengadakan usrah di Pusat Pendidikan ABIM Klang (PPAK), Meru. Ahli-ahli yang menghadiri usrah tersebut telah disajikan dengan satu pembentangan kertas kerja dengan tajuk Fikrah Khalifah Dalam Kumpulan Syiah yang dibentangkan oleh Ustaz Hj Kasno Kader yang merupakan mantan YDP ABIM Selangor. Pada pembentangan yang dibuat, ahli-ahli diseru untuk memelihara pendekatan ahli sunnah wal jamaah dan menolak fahaman Syiah agar umat terkeluar daripada sebarang keserabutan aqidah. Namun, satu usaha perlu diadakan bagi mengadakan dialog dari semasa ke semasa dengan pengikut Syiah agar keserabutan ini dapat dirungkaikan. Selain ahli-ahli WADAH, ahli-ahli ABIM dari Daerah Klang dan Negeri Selangor turut menghadiri usrah ini.
Usrah yang berikutnya adalah pada 28 Jun 2008 (Sabtu) mulai jam 9.30 pagi di PPAK Meru dengan tajuk "Menjana Pemikiran Kepimpinan Gerakan Masa Hadapan". Usrah Gabungan ini akan diisi oleh wakil daripada ABIM Pusat dan WADAH Selangor.

0 comments:

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR