Seminar Keluarga Bahagia - ABIM Gombak

Abim daerah Gombak dengan kerjasama Persatuan Belia Kg. Selayang Pandang telah menganjurkan Seminar Keluarga Bahagia pada 31 Mei 2008 bertempat di Dewan Orang Ramai Kg Selayang Pandang, Selayang. Majlis Perasmian disempurnakan oleh Tn. Hj. Hamzah Abdullah, Ketua Kampung Selayang Pandang. Ceramah Menangani Konflik Dalam Rumahtangga disampaikan oleh Dr. Amaludin Abd Rahman, Pensyarah Kanan Fakulti & Jabatan Ekologi Sosial, UPM. Diikuti ceramah mengenai Tips Mendidik Anak-anak yang disampaikan oleh Ustazah Hazlina Abdul Razak, Ketua Helwa Abim Selangor. Majlis Penutupan disempurnakan oleh Ustaz Muhamad Muszaki bin Mohd Ozir, Setiausaha Abim Selangor. Program ini dimeriahkan dengan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak berusia di antara 5 hingga 9 tahun di dewan bersebelahan.

0 comments:

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR