Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




Kunjungan Hormat Pengarah JBS

SHAH ALAM, 9 JUN 2008 – ABIM Selangor telah mengunjungi Pengarah Jabatan Belia & Sukan Negeri Selangor yang baru, Tuan Hj Makhruzi bin Hj Ikhsan. Rombongan ABIM Selangor diketuai oleh Yang Dipertua , Us. Mohd Zawawi Ahmad Mughni diiringi oleh Setiausaha Negeri, Us Muhamad Muszaki Mohd Ozir, Penolong Setiausaha , Sdr. Khairudin bin Abas dan Ketua HELWA ABIM Selangor Ustazah Hazlina Abd Razak.Pengarah Belia & Sukan sangat mengalu-alukan kehadiran ABIM dan sangat gembira dengan kunjungan tersebut kerana dapat merapatkan ukhuwwah dan berkenalan dengan lebih dekat lagi. Beliau mengesyorkan agar pimpinan ABIM dapat merebut peluang program-program kementerian belia seperti Program rakan muda dan Program Tabung Ekonomi Belia.

0 comments:

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR