Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




ABIM SELANGOR DI KAMPUNG ORANG ASLI HULU TAMU

17 November 2013, Batang Kali - ABIM Selangor bersama kekuatan lebih daripada 20 orang sukarelawan dakwah bekerjasama bersama pihak Surau At-Taqwa Taman Bandar Utama Batang Kali dalam satu misi ringkas ABIM Turun Ke Daerah dan Masyarakat melakukan kerja-kerja gotong-royong mengecat dan mencantikkan surau di Kampung Orang Asli Hulu Tamu Batang Kali.
Misi adalah usaha untuk merapati kelompok keluarga orang asli disamping membina keyakinan dan tali persaudaraan utuh bersama keluarga Muslim di kampung tersebut. Misi ini merupakan aktiviti pengisian di dalam siri Tamrin Maghrib - Dhuha ABIM Selangor yang disertai oleh seluruh ahli ABIM dipelbagai peringkat dan cawangan. Aktiviti bermula pada malam sebelumnya bersama pengisian Kuliah Maghrib oleh Ustaz Yusof Hasan, Pengerusi WADAH Selangor dengan topik perbincangan, Isu Semasa: Syiah.
-- --- Sent by WhatsApp

0 comments:

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR