SMART SOLAT RAMADAN

12 Ramadan 1434H, Damansara Selangor - Seramai hampir 40 orang peserta dari kalangan remaja seawal umur 9 hingga 17 tahun telah menyertai Kursus SMART Solat anjuran Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai dengan kerjasama ABIM Selangor. Kursus yang bermula seawal jam 8.00 pagi 20 Julai 2013 dihiasi dengan pelbagai aktiviti menarik yang dibimbing oleh fasilitator dari pelajar-pelajar Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Petaling Jaya.

Kursus berlangsung selama 2 hari dengan pengisiannya seperti LDK, kembara solat, tadarus Al-Quran juga berqiamullail. Sambutan peserta menggalakkan dan ini merupakan usaha yang berterusan yang dilakukan oleh pihak masjid. Sepanjang kursus ini berlangsung, hasil perbualan bersama pihak ajk masjid, pihak ABIM Selangor mendapat maklumat mengenai sebuah keluarga yang memerlukan bantuan segera yang tinggal berhampiran.

Pada hari terakhir kursus, peserta berkesempatan bertemu dan beramah mesra bersama TYDP ABIM Selangor dan majlis diserikan lagi dengan majlis penutup yang disempurnakan oleh YDP ABIM Selangor. Peserta juga dianugerahkan dengan peserta terbaik lelaki, perempuan dan keseluruhan. Terima kasih kepada penggerak utama, Saudara Azali, Wan Saiful, Luqman dan Hibatullah dan semoga usaha ini membuahkan kebaikan di dunia dan di akhirat.

Ucapan penutup oleh YDP ABIM Selangor


Peserta terbaik keseluruhan


Peserta lelaki paling aktif
Peserta perempuan paling aktif

Comments

KSSB 1438H

Popular Posts