Kem Penghayatan Ramadan Peringkat Negeri
22 Ramadhan 1433H bersamaan 11 Ogos 2012 – Perjalanan fasilitator-fasilitator sukarelawan ABIM Selangor telah sepakat untuk berkumpul di Masjid Jamius Salahiah Kampung Sungai Tua Gombak pada jam 4.00 petang. Fasilitator mula tiba dari jauh dan dekat. Seramai 25 orang fasilitator telah berjaya dikumpulkan di masjid ini bersama 2 ketua fasilitator bagi melalui proses induksi bagi Kem Remaja @ Ramadhan yang akan berlangsung bermula jam 8 pagi keesokan harinya (23 Ramadhan 1433H).
Perjalanan aktiviti pada hari ini bermula dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Jurulatih, saudara Kamarul Azami bin Mohd Zaini. Kem ini dianjurkan oleh 3 pihak iaitu ABIM Selangor, Penghulu Mukim Batu dan Gombak serta pihak masjid iaitu Masjid Jamius Salahiah Kampung Sungai Tua, Masjid Asy-Syakirin Gombak Setia juga Masjid Ar-Rahiomah Greenwood.
Sesi petang tersebut diisi oleh Jurulatih sendiri dengan beberapa aktiviti pengenalan serta simulasi aktiviti pemecah bendungan dan fokus minda peserta. 25 orang fasilitator yang hadir dari pelbagai latar belakang. Ada yang telah bekerja, pelajar IPTA dan IPTS seperti UIAM, MMC, Kolej Hafiz Klang, UNIKL serta UNISEL. Kemudian fasilitator berbuka bersama dan menunaikan solat Maghrib, Isyak, Tarawih dan Witir.
Sesi malam tersebut, peserta diberikan motivasi oleh TYDP ABIM Selangor, Dr Wan Adam dan ditutupi dengan perbincangan serta pemecahan kumpulan mengikut masjid yang disediakan. Fasilitator kemudian mengisi malam mereka dengan rehat dan qiamullail bersama pihak masjid dan turut serta YDP ABIM Gombak yang juga Penghulu Mukim Batu.
23 Ramadhan 1433H bersamaan 12 Ogos 2012 – Fasilitator mula meninggalkan Masjid Jamius Salahiah jam 7.00 pagi bagi menempatkan diri di masjid-masjid yang telah ditetapkan untuk mereka. Fasilitator telah digerakkan dengan dibantu oleh 3 orang fasilitator berkenderaan yang secara sukarela membantu. Mereka tiba di masjid yang ditentukan dalam lingkungan 7.15 hingga 7.30 pagi. Kem akan bermula jam 8.00 pagi.
Sesi pembukaan peserta diberikan taklimat perjalanan kem dan membuat ujian pra. Sesi 1 peserta akan dipecahkan di dalam kumpulan dan membincangkan tajuk Solat Tiang Agama. Sesi 2 pula peserta membincangkan tentang Kunci Solat. Ia merujuk kepada perkara-perkara wudhu’. Sebelum memulakan sesi 3, peserta bersama-sama melakukan solat sunat Dhuha. Sesi 3, mereka mula membincangkan Rukun Qalbi dan Qauli Solat. Kemudian mereka diberikan masa untuk berehat menunggu solat Zuhur berjemaah bermula jam 12.30 tengah hari.
Selepas solat Zuhur berjemaah peserta dihidangkan dengan tazkirah Ramadhan oleh Ketua Fasilitator. Kemudian, sesi 4 diteruskan dengan perbincangan dan amali Rukun Fi’li solat. Aktiviti di setiap masjid berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang baik dari pihak masjid sendiri. Pihak masjid amat mengalu-alukan kehadiran fasilitator di sana. Kem tamat pada jam 4.30 petang dengan penyerahan cenderamata kepada pihak masjid berupa 2 naskhah buku. Penghargaan dan terima kasih kami ucapkan khususnya kepada pihak Penghulu Mukim Batu merangkap YDP ABIM Gombak kerana sudi menerima kunjungan Ihya’ Ramadhan di sana. Juga tidak lupa kepada pihak Masjid Jamius Salahiah Kampung Sungai Tua kerana sudi menyediakan juadah berbuka, moreh dan bersahur fasilitator. Semoga diberkati Allah s.w.t. dan diterima amalan kita semua di sisi Allah s.w.t. sebagai amal soleh.
0 comments:
Post a Comment