PERBINCANGAN TAFSIR
Maksud Surah 3. Ali ‘Imran, Ayat 110:
“Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada yang mungkar, serta kamu pula beriman kepada Allah. Dan kalaulah ahli kitab itu beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka orang fasik.”
- Ayat ini berkenaan pembinaan keunggulan dan kualiti umat.
- Maksud hadith, “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia yang lain.”
- Expectation orang pelbagai. Namun, kita mesti tahu sempadannya dalam melaksanakan sesuatu iaitu ketahui hukum-hakamnya.
- Kualiti sering dikaitkan atau dicirikan dengan “kegunaannya”. Oleh itu, adakah berguna atau tidak seseorang itu? Setakat mana dia berguna kepada umat?
- Sesiapa yang beri manfaat kepada manusia, dia akan survive. Dia kekal relevant. Dia boleh terus beri khidmat bakti kepada orang banyak.
- Sesiapa yang tidak bermanfaat kepada manusia, dia seolah-olah buih. Dia rapuh. Dia akan hancur sekejap sahaja dengan kerapuhannya itu. Dia akan hilang status sebagai umat terbaik.
- Ayat ini tidak cuma menjelaskan martabat umat, tetapi juga peranannya. Dengan peranannya itulah yang membawa dia kepada martabat khayra ummah iaitu umat yang terbaik.
- Umat yang terbaik di sini berlainan dengan konsep “bangsa yang terpilih” sepertimana yang difahami oleh kaum Yahudi. Mereka merasakan mereka bangsa yang terpilih oleh Tuhan, yang terbaik di kalangan semua bangsa di dunia ini.
- Peranan dan syarat untuk mencapai khayra ummah: menyeru yang baik, mencegah yang mungkar dan beriman kepada Allah. Pada ayat tersebut, tingkatan iman diletakkan selepas menyeru yang baik dan mencegah yang mungkar kerana iman itu mendefinasikan kemakrufan dan kemungkaran. Bukannya peranan iman itu berada pada tahap ketiga dari segi prioritinya tetapi tahap keimanan itu adalah cerminan daripada kemakrufan dan kemungkaran yang ada pada seseorang.
- Pemuka bagi semua yang syahid adalah Hamzah yang gugur di Perang Uhud.
- Orang yang mendatangi pemerintah yang zalim hendaklah mendatanginya dengan penuh hikmah dan bersedia.
- Ketakutan ulama dan rakyat untuk menyatakan kebenaran dan mencegah kemungkaran merupakan antara penyebab utama berleluasanya sesuatu kezaliman oleh pemerintah. Ianya tidak cukup sekadar menyatakan kebenaran iaitu amar maaruf tetapi mesti ada juga pencegahan kemungkaran iaitu nahi mungkar. Oleh itu, daripada mati sebagai seorang yang penakut, adalah lebih baik sekiranya mati sebagai seorang yang berani.
- Umat yang unggul adalah umat yang komited secara kolektif sebagai umat dalam makna yang sebenar yang berbudaya kepada amar makruf dan nahi mungkar.
- Berbudaya itu bermaksud ianya dikongsi bersama oleh seluruh warga atau rakyat.
- Tahap mencegah kemungkaran itu adalah dengan tangannya atau dengan lidahnya atau dengan hatinya. Hal ini bermakna, tahap di mana seseorang itu mencegah kemungkaran itulah yang menentukan tahap imannya.
- Kalaulah masyarakat berdisiplin, maka secara tidak langsung keadaan akan menjadi lebih aman.
- Pencegahan kemungkaran hendaklah dijalankan secara berhikmah. Bermakna ia dibuat dengan cara yang paling berkesan mengikut kesesuaian keadaan dan budaya sesuatu kaum. Kena kenali seseorang itu bagaimana untuk memujuknya. Sebagai contoh, seorang isteri sepatutnya bijak dan tahu bagaimana boleh membuatkan suaminya “terlentok” demi kebaikan. Pada masa yang sama, suami yang baik tidak akan meremehkan isterinya.
- Ketika beberapa langkah lagi Rasulullah SAW dan rombongannya hendak masuk ke Mekah, Rasulullah SAW mengarahkan semuanya berpatah balik ke Madinah dan akan kembali ke Mekah pada tahun hadapan sahaja. Maka terlaksanalah Perjanjian Hudaibiyah ketika itu. Ada pendapat yang mengatakan itulah keputusan yang dianggap paling tidak popular dibuat oleh Rasulullah SAW. Para pengikut baginda ketika itu merasa sangat dukacita hinggakan Rasulullah SAW memerintahkan pengikutnya hingga sampai 3 kali supaya tahalul iaitu bercukur dan sembelih binatang korban, tidak juga dilakukan oleh para pengikutnya disebabkan kedukacitaan mereka terhadap keputusan menangguhkan kemasukan mereka ke Mekah pada tahun hadapannya. Ketika itu, dengan rasa sedih, Rasulullah SAW masuk ke khemahnya dan dilihat oleh isterinya Habsah akan kesedihan Rasulullah SAW. Atas kebijakan isterinya, Habsah mencadangkan kepada Rasulullah SAW agar keluar dan berada di tengah-tengah para pengikutnya lalu bercukurlah dan sembelihlah binatang korban. Rasulullah SAW yang buat sendiri selepas para pengikutnya tidak mahu bersegera membuatnya! Cadangan tersebut diterima oleh Rasulullah SAW dan sememangnya sangat berkesan. Begitulah contoh melalui teladan! Begitulah antara kisah dan contoh seorang isteri yang memahami suaminya dan bagaimana seorang suami pula tidak meremehkan pandangan isterinya.
- Kebiasaannya, sesuatu itu akan dilakukan sekiranya permintaan itu datangnya daripada orang yang disayanginya.
- Secara umumnya, kekasaran bukannya cara pendakwah. Kisah bagaimana Nabi Musa a.s. diperintahkan oleh Allah supaya menyeru Firaun dengan bahasa yang baik.
- Keunggulan itu mestilah diraih dengan usaha yang gigih. Ianya tidak datang menggolek.
- Bagi menjadi bangsa yang melaksanakan amar maaruf dan nahi mungkar maka bangsa itu mesti bangsa yang kuat dalam erti ada kesedaran, komitmen yang tinggi dan budaya yang kuat kebaikannya. Bangsa yang lemah tidak akan mampu melaksanakan pembinaan khayra ummah yang berlandaskan kepada amar maaruf dan nahi mungkar.
- Masyarakat yang kuat kebiasaannya terbina daripada masyarakat yang pernah menghadapi kesusahan. Sebagai contoh kecil, dulu-dulu kalau ke sekolah, biasanya terpaksa berjalan kaki jauh. Belanja sekolah pula sedikit. Habis sekolah, segera pulang ke rumah kerana lapar. Sebab itu generasi awal kita lasak. Generasi sekarang, ramai yang serba mudah, pergi ke sekolah dihantar, balik dari sekolah dijemput. Belanja juga besar. Balik dari sekolah tak mahu makan kerana di sekolah sudah berbelanja makan. Sebab itu mungkin daya tahannya juga kurang. Tidak salah mendapat kesenangan tetapi janganlah sampai nikmat kesenangan itu disalaherti, disalahgunakan dan akhirnya membuatkan kita lemah dan tidak berdaya saing yang kuat.
- Pendekatan kita, keunggulan itu harus diusahakan secara bersungguh-sungguh! Keunggulan itu diraih dengan susah payah! Ianya adalah keunggulan bersyarat iaitu menyeru yang baik, mencegah yang mungkar dan beriman kepada Allah.
Dicatat oleh:
SHIRAJUDDIN SIRAT
0 comments:
Post a Comment