TAZKIRAH DARI TAMRIN
Oleh: Tn Hj Mohamed Muslimin Yaakop
Maksud Surah 34. Saba', Ayat 28:
"Dan tiadalah kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pemberi berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu).”
- Mesti menjalankan dakwah sebagai kesinambungan risalah Rasulullah SAW.
- Tugas sebagai dai' antaranya ialah memberikan khabar gembira.
- Gembira menjadi hamba Allah SWT dan menjadi umat Nabi Muhammad SAW dengan misi mengajak umat kepada yang maaruf, mencegah yang mungkar.
- Sebagai dai', kita mesti menjadi qudwah hassanah - contoh yang baik dalam semua aspek kehidupan.
- Dakwah sebagai satu taqlif - beban amanah yang dipertanggungjawabkan untuk kita laksanakan, bukan tashrif iaitu satu privilege dan singgahsana kemewahan.
- Tabiat dakwah kita ialah aspek keimanan, keilmuan dan ibadah mesti ditekankan khususnya dalam usrah dan tamrin.
- Teras usrah mestilah tafsir Al-Qur'an.
- Dalam tamrin, mesti difahami bahawa Islam sebagai ad-deen. Memandangkan ianya sebagai asas, maka ianya perlu diulang-ulang.
- "Amalan yang paling disukai oleh Allah ialah amalan yang dilakukan secara berterusan." (Maksud hadith)
- Fahami visi, misi dan budaya ABIM.
- Peranan khilafah yang gemilang suatu ketika dulu yang telah hilang mestilah dibina semula.
- Peratus perceraian di kalangan belia (bawah 40 tahun) adalah tinggi dan kadarnya makin bertambah dari semasa ke semasa.
- Oleh itu, bina diri, bina keluarga, bina masyarakat, bina umat dan bina negara ikut acuan Islam.
CABARAN
- Masalah dai' yang futhur iaitu lembab, malas dan gugur!
- Ubat futhur ialah istiqamah. Sesuatu amalan itu kalau istiqamah, ianya akan menjadi manis dan seronok!
- Menghadapi pendokong kebatilan yang membuat propaganda dan dakyah yang murahan, menjijikkan dan keji melalui pentas-pentas masyarakat samada secara "siaran langsung" atau melalui media elektronik.
- Ada dai' yang berani berjuang tetapi membuta tuli tanpa akal yang waras, tidak tahu bezakan antara yang hak dan batil.
- Masyarakat keliru dengan istilah dakwah. Membedal tanpa hikmah!
- Memahamkan masyarakat bahawa memilih pemimpin adalah sebagai satu amanah yang berat.
HARAPAN
Bina kekuatan jamaah ada 3 asas (oleh Imam Hassan Al-Banna):
- Penyusunan organisasi yang rapi. Mesti ada struktur, berfungsi, berdisiplin, ada kekuatan dan kebulatan fikrah dan matlamat di antara pemimpin dan yang dipimpin. Adanya jamaah kita ini dirasai, kalau tiada akan dicari orang.
- Mempunyai iman yang teguh.
- Jihad yang berterusan.
KESIMPULAN
- Isi rohani dulu baru isi perut!
- Kejayaan para Rasul ialah mengajak manusia kepada kebenaran dan keadilan.
- Rasailah kelebihan berjamaah kerana banyak baraqahnya. Peliharalah umat daripada tergelincir ke arah kemaksiatan tetapi membawa mereka kepada keselamatan.
Catatan oleh Haji Shirajuddin Sirat.
0 comments:
Post a Comment