TAZKIRAH USRAH
Maksud 49. Surah Al-Hujuraat, Ayat 12.
"Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani."
PERBINCANGAN
CATATAN USRAH ABIM SELANGOR
Darul Wardah, Jalan Kebun, Shah Alam
2 Januari 2012 (Isnin)
"Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani."
- Prasangka itu adalah dosa. Jangan kami merisik-risik atau mengintip-intip keaiban orang lain.
- Jangan kamu berganding-gadingan atau berpuak-puak atau berpakat di antara segelintir kamu bagi mempengaruhi sesuatu keputusan atas dasar ada sesuatu kepentingan.
- Jangan kamu berhasad dengki.
- Jangan kamu berbenci sesama kamu.
- Jangan mengkhianati keputusan bersama yang telah dibuat.
- Hendaklah antara kamu membina silaturrahim dan berbaik-baik.
- Perkara yang kecil jangan diperbesar-besarkan dan menokok tambah tanpa bertanggungjawab terhadapnya.
- Jangan kamu mengumpat saudara kamu demi membuka aibnya di mana orang yang dikatakan itu tidak ada bersama kamu.
- Jangan mengorek-ngorek rahsia orang lain demi membuka aibnya.
PERBINCANGAN
- Jangan mencemuh kaum lain dengan gelaran-gelaran yang tidak patut atas niat untuk menjatuhkan mereka.
- Jangan hidup dengan persepsi. Sangat bahaya apabila sesuatu keputusan dibuat bersandarkan kepada beberapa assumptions.
- Orang hebat bercakap pasal idea, orang sederhana bercakap pasal benda @ material manakala orang yang kecil bercakap pasal orang lain.
- Sangkaan buruk merupakan negative thinking.
- Sangkaan baik merupakan positive thinking.
- Elak sense negative in other people.
- Elakkan sesuatu yang walaupun asalnya bukannya salah tetapi mungkin membawa keburukan. Sebagai contoh, lepak di luar hingga jam 2 atau 3 pagi, ianya tak salah tetapi mungkin akan bawa keburukan seperti kesan lama berembun di luar dan tidur lewat yang mungkin menyebabkan lewat bangun solat Subuh.
- Amalkan budaya spesifik dalam pentadbiran dan pengurusan. Maknanya pengarahan mesti jelas. Begitu juga, kalau tidak boleh hadir ke mana-mana pertemuan atau mesyuarat, sebutkan secara spesifik kenapa tidak boleh hadir.
CATATAN USRAH ABIM SELANGOR
Darul Wardah, Jalan Kebun, Shah Alam
2 Januari 2012 (Isnin)
0 comments:
Post a Comment