PENGHARGAAN DARI AYATA


28 September 2011 - ABIM Selangor telah menerima penghargaan dari Badan Kebajikan Anak Yatim Tabal berikutan kejayaan mengumpulkan sumbangan yang dijalankan sepanjang Ramadhan 1432 / 2011 yang lalu di dalam Kempen Sandang Raya 2011.

Penghargaan itu dirakamkan di atas sepucuk surat penghargaan khususnya kepada para dermawan budiman yang menyumbang melalui ABIM Selangor untuk memberikan ruang dan peluang untuk anak-anak yatim dan miskin di Selatan Thailand (Takbai) merasai keseronokan berhari raya dengan baju raya yang baru.

Kami di ABIM Selangor juga ingin mengambil peluang ini merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada para dermawan yang telah menyumbang bagi berkongsi kegembiraan Syawal bersama mereka yang tidak berkemampuan. Semoga usaha baik ini dapat diteruskan dan mendapat limpah kurnia dan rahmat dari Allah s.w.t. buat kalian. ABIM Selangor hanyalah wakil untuk menyampaikan hasrat hati para dermawan sekalian. Terima kasih.

Comments

Anonymous said…
Tahniah dan syabas kepada yang telah menyumbang dan menjayakan program ini. Lepas Ayata ke rohingyalah pulak nanti..WJ
Anonymous said…
Seakan ingin kembali ke sana lagi untuk bersama2 anak2 AYATA...Pengalaman disana amat mengujakan...Tahniah dan teruskan lagi

KSSB 1438H

Popular Posts