Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




MUKTAMAR SANAWI ABIM SELANGOR 39 & BENGKEL PEMAHAMAN BIBLE : SATU PENILAIAN KRITIS




Bengkel pemahaman Bible ini merupakan salah satu usaha pihak ABIM Selangor untuk meningkatkan kefahaman umat Islam di Selangor terhadap pelbagai isu-isu semasa baik dari sudut gerak kerja sosial juga pegangan hidup dan agama.

Gejala murtad atau hilang keyakinan dan kebanggan terhadap Islam di kalangan umat Islam di Malaysia masa kini amat membimbangkan. Kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh YDP YADIM di dalam Harian Metro 27 Julai 2008, pada tahun 2007 menunjukkan statistik yang amat menakutkan umat Islam. Ramai remaja Melayu mula meninggalkan Islam akibat pelbagai faktor. Oleh itu program ini dicadangkan sebagai salah satu langkah mencegah gejala ini bersesuaian dengan motto ‘Mencegah Lebih Baik Dari Berubat’.

Dalam usaha memberi pemahaman yang jelas dalam isu pemikiran dan faham agama, kami memilih tajuk ‘Bible; Satu Penilaian Kritis’. Ia merupakan rentetan dari pelbagai isu keagamaan yang timbul serta gejala-gejala murtad dan ajaran sesat yang semakin berleluasa di negeri Selangor secara khususnya. Seminar ini direncanakan bersama pihak JAIS.

Kami berharap agar program ini dapat memberik pendedahan kepada para pendakwah di negeri Selangor tentang pendekatan perbandingan agama khususnya Islam dan Kristian secara teori dan praktikal. Melalui seminar ini, peserta akan didedahkan dengan intipati serta sejarah agama Kristian dan Bible.

0 comments:

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR