Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




Pencerahan Umat - Konflik di Asia Barat






Jalan Kebun, 12 Feb 2010 – Satu syarahan Khas berkenaan isu-isu terkini Timur Tengah telah diadakan diMasjid An Naim, Jalan Kebun. Program anjuran ABIM Selangor dengan kerjasama Masjid An Naim bertujuan untuk memberikan gambaran yang lebih jelas kepada masyarakat tentang situasi perubahan yang berlaku di Asia Barat terutama di Afrika Utara dan rantau Teluk.

Penceramah yang diundang untuk menjelaskan isu ini ialah Tuan Hj Ahmad Azam Abdul Rahman, Mantan Presiden ABIM. Beliau juga anggota jawatankuasa Pertubuhan NGO Islam Sedunia yang berpengkalan di Turki.



Sebelum syarahan bermula, seorang pelajar perubatan dari Universiti of Cairo yang baru balik iaitu Saudara Zakwan telah dijemput untuk sesi perkongsian pengalaman. Ustaz Zawawi selaku moderator program telah bertanya beberapa soalan temubual bagi melancarkan sesi tersebut. Diakhir program, mantan YDP ABIM Selangor Tuan Hj Muslimin Yaakop telah mendeklamasikan satu sajak tentang pergolakan di Asia Barat dengan penuh semangat berkobar-kobar.


Turut hadir dalam program ini ialah GPM ( Global Peace Mission ) yang menggerakkan aktiviti bantuan kemanusiaan dunia terutamanya di Negara-negara umat Islam. Mereka sedang membantu menggerakkan Projek Kilang roti di daerah Jabaliyyah, Gaza. GPM mengadakan jualan buku dan mengedarkan brosur kempen bantuan kemanusiaan yang dijalankan.

Pihak ABIM juga turut membantu mengumpulkan dana kilat untuk tujuan tersebut. Ramai jamaah yang hadir merasa terkilan kerana tidak membawa duit untuk disumpaikan tetapi pihak penganjur memanjangkan tempoh sumbangan hingga seminggu supaya lebih banyak sumbangan yang dapat dikutip.

Program tamat pada pukul 10.00 malam.

0 comments:

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR