Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




Kempen Say No To Zina di Bentong, Pahang

Bentong 23 Feb.2011 - Team BMG telah diundang oleh pihak Kolej Komuniti Bentong untuk berkongsi ilmu dan pengalaman bersama dengan pelajar-pelajar jurusan perakaunan dan pendawaian elektrik di Kolej berkenaan. walaupun kolej ini untuk komuniti setempat tetapi ramai juga pelajarnya yang dari luar daerah terutama Kelantan dan Terengganu.

Sesi perkongsian hidup dan pengalaman dari salah seorang penghuni Darul wardah untuk memberikan ingatan dan kesedaran kepada anak-anak muda di sini.

Program tersebut dikendalikan oleh Kak Wardah dan Wak Juragan dari ABIM Selangor. Turut membantu menjayakan program ini ialah sdr. Adri, Pengurus program ABIM Selangor dan seorang penghuni Darul Wardah. Satu kempen ‘ Say No to Zina’ dijalankan dengan mengedarkan pamplet khas yang diterbitksn oleh Biro Penerangan ABIM Selangor kepada semua peserta yang hadir.

Program sehari bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.30 petang dihadiri oleh 30 orang pelajar lelaki dan perempuan. Program ini juga turut dihadiri oleh beberapa orang pelajar keturunan Tamil. Secara keseluruhannya program ini telah Berjaya menyampaikan mesej kesedaran dan keinsafan kepada peserta tentang bahaya Zina dan masalah sosial yang lain. Namun taufik dan Hidayah adalah dari Allah jua.

0 comments:

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR