Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




Kempen Sinar Ramadan Sekampit Beras Bermula

Cik Nurhidayah Sumairi , Setiausaha Kewangan ABIM sedang melayan seorang pengunjung kaunter. Seorang pengunjung lelaki berkopiah putih yang tidak dikenali juga turut merakamkan foto dikaunter sebagai tanda pengesahan kehadiran.

Shah Alam - ABIM telah dijemput oleh pihak KDEB untuk membuka kaunter promosi program Sinar Ramadan Sekampit Beras. Pada pagi tersebut pihak Kelab Sukan Rekreasi KDEB mengadakan Program Tazkirah Perdana yang disampaikan oleh YBhg. Dato' Haron Din. Turut Hadir ialah Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Alhamdulillah selepas mendengar ceramah motivasi berinfak, ABIM telah menerima sumbangan yang agak lumayan dari peserta yang terkesan dan insaf dengan siraman air mawar dari seorang besar kita. Turut bertamu ke kaunter ialah Pengarah Belia & Sukan Selangor, Tuan Hj Makhruzi Ikhsan yang tidak melepaskan peluang untuk menambahkan saham akhiratnya. Namun ketika DSAI tiba dikawasan kaunter tidak ada yang menjemputnya kekaunter kerana kerkesima dan terkejut dengan kemunculannya . Kami tidak menyangka dia akan ke kawasan pameran kami!.

Namun begitu sasaran 300 kampit beras yang kita usahakan masih memerlukan sumbangan dari dermawan budiman. Oleh itu kepada yang berminat untuk menjayakan program ini sila berhubung segera ke sekretariat ABIM Selangor.

0 comments:

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR