Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




ABIM SERAH MEMORANDUM BANTAHAN



Shah Alam, 18 Mei 2010 - ABIM Selangor, IMAN ( Integrated Muslim Association Network ) dan WADAH ( Wadah Pencerdasan Umat ) Selangor telah mengunjungi Sahibus Samahah Dato' Setia Diraja Mufti Negeri Selangor Hj Tamyes Bin Abdul Wahid di pejabatnya semalam.

Tujuan kunjungan tersebut ialah untuk menyerahkan Nota Bantahan Terhadap Tindakan pihak kerajaan Memberikan kebenaran kepada Syarikat Kumpulan Berjaya untuk mengendalikan judi sempena musim perlawanan bolasepak piala Dunia.

ABIM Selangor diwakili oleh YDP Mohd Zawawi Ahmad Mughni dan Sdr Haris Othman. Turut bersama dalam majlis tersebut ialah YDP IMAN Hj Nik Yusof Nik Ismail dan Exco WADAH Dr ahmad Zaki Abdul Latif.

Kami berharap nota bantahan ini dapat disampaikan kepada Ahli Majlis Mesyurat MAIS dan seterusnya disampaikan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sebagai penaung dan ketua Agama Islam di negeri ini untuk membuat tindakan yang sewajarnya.

ABIM, IMAN dan WADAH menyeru kepada semua nazir dan AJK masjid menggerakkan kempen bantahan ini di masjid-masjid dan seterusnya menghantar surat protes dan bantahan kepada akhbar-akhbar arus perdana mendesak pihak kerajaan supaya membatalkan lesen tersebut.

0 comments:

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR