Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




KURSUS ASAS KESETIAUSAHAAN 2010

28 Februari 2010, Ahad : Kursus Asas Kesetiausahaan 2010 telah berlangsung di Madrasah Hidayah Seksyen 11 Shah Alam yang dihadiri seramai 22 orang peserta termasuk urusetia. Objektif utama kursus ini diadakan adalah untuk memantapkan operasi kesetiausahaan dan penyampaian maklumat dikalangan ahli-ahli.

Sesi pertama 8.30pagi sehingga 10.30pagi dikendalikan oleh Sdr Khairudin selaki Setiausaha Negeri mengadakan mesyuarat bersama Majlis Setiausaha Daerah. Perkara yang dibincangkan ialah laporan aktiviti daerah dan isu keahlian.

Sesi kedua 10.30pagi sehingga 12.30tghr dikendalikan oleh Sdr Raimi selaku Setiausaha Agung. Beliau memberi taklimat asas-asas kesetiausahaan, sistem failing dan penyampaian makluma tyang lebih berkesan.

Kursus berakhir jam 1.00petang diakhiri dengan jamuan makan tengahari.

2 comments:

wak juragan said...

tahniah kepada semua semua pihak yang telah berjaya menjayakan program ini. syabbazz..

YDP
cairo

Nyayu Amibae said...

Salam, dan Tetap semangat!!!!

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR