KURSUS IBADAH QURBAN 2009

Keratan akhbar dari Sinar.

KAPAR, Kompleks Rakan Muda Sementa - 28 & 29 November : ABIM Selangor dengan kerjasama JBSN & JAIS mengadakan satu program kursus penyembelihan khas untuk remaja dan belia sempena sambutan hari raya korban. Penganjuran kursus ini diangap dapat memberi ilmu berguna kepada generasi pelapis untuk mahir dan mampu untuk menggalas tugas berkenaan kelak.

Gambar 1: Bacaan yasin dan tahlil di surau


Semua peserta turut didedahkan dengan maksud dan konsep ibadah korban selain mempelajari teknik dan cara penyembelihan selain ceramah berkaitan dengan ibadah berkenaan oleh penceramah JAIS dan ABIM Selangor.

Gambar 2 : Ustaz Sapuan (JAIS) memberi penerangan cara penyembelihan

Beberapa peserta juga diberi peluang mempraktikkan teori yang dipelajari dengan menyembelih lembu korban sementara peserta lain memerhati serta membantu proses penyembelihan agar berjalan lancar.

Gambar 3 : Penyembelihan oleh Pengarah JBSN, Makhruzi Iksan
Daging korban yang sudah siap dibahagikan pula kepada semua peserta serta beberapa rumah kebajikan seperti Darul Wardah, Rumah Anak Yatim Sungai Pinang, Rumah Kebajikan Rukhaiyah, serta fakir miskin sekitar daerah Kapar.

Gambar 4 : Sekitar proses melapah dagin lembu

Comments

WAK JURAGAN said…
salam,

tahun depan kalau nak potong lembu lagi, krew ABIM Selangor dah ready.Tukang tumbang,tukang potong dan tukang lapah semua dah lulus ujian.

Kalau nak kumpul duit, kena mula dari sekarang . Rm35 x 10 bulan Rm350

KSSB 1438H

Popular Posts