Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




ABIM Selangor, WADAH Selangor, PEPIAS menyerahkan memorandum bantahan terhadap kenyataan SIS dan JAG





Tepat jam 415 petang Isnin 5 Oktober 2009 di Tingkat 7 Menara Selatan Bangunan Sultan Idris Shah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Selangor, Wadah Pencerdasan Ummat (WADAH) Negeri Selangor dan Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS) menyerahkan memorandum bantahan terhadap kenyataan Joint Action Group for Gender Equality (JAG) yang disertai oleh SIS dan WAO serta konco-konco mereka melaui memorandum kepada YAB Perdana Menteri bertajuk Justice For Kartika bertarikh 25 OGOS 2009 telah mendesak Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri MEMANSUHKAN UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH yang sedang berkuatkuasa di negeri-negeri (Sila rujuk sinchew.com untuk memorandum penuh mereka bertajuk “Justice for Kartika”).

Memorandum diserahkan kepada wakil pengarah JAIS, Utz. Hj. Ahmad Zaki @Ahmad Jakai B. Arshad,(Ketua Penolong Pengarah (Dakwah).Memorandum di serahkan oleh Tuan Haji Nik Mohd Yusop , Timbalan Pengerusi WADAH Negeri Selangor serta Ustaz Mohd Zawawi , Ahmad Mughni , Yang Di Pertua ABIM Selangor dan Sdr Razman Razali wakil PEPIAS. Turut serta ialah Sdr Khairudin Abas , Setiausaha ABIM Negeri Selangor, Sdr Zamani Mohd Karulani , YDP ABIM Daerah Gombak dan Hjh Hazlina Abd Razak, Mantan Ketua HELWA.

Tuntutan biadap ini telah diulangi lagi sebagaimana yang tersiar dalam The Star hari 1 Oktober 2009, Ivy Josiah, Pengarah Esksekutif WAO berkata –
“We urge the Federal and State governments to conduct comprehensive review of all laws pertaining to Syariah criminal offences with a view to repeal such laws.”
Memorandum sebegini juga pernah dikemukakan kepada Kerajaan pada tahun 2005 dan ditandatangani oleh lebih 300 individu dan NGO termasuk Menteri-Menteri Kabinet dan ahli politik beragama Islam yang sedang berkhidmat supaya kawalan moral melalui penguatkuasaan undang-undang Syariah dihapuskan.

Bagi ABIM Selangor, Wadah Selangor dan PEPIAS ini perbuatan ini menghina kedaulatan agama Islam sebagai agama Negara dan agama Negeri-Negeri serta perundangan Syariah yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan diwarisi sejak zaman Kesultanan Melayu (sebagaimana termaktub dalam Kanun Undang-Undang Negeri-Negeri Melayu)
ia juga menyentuh dan menjejaskan kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam bagi Negeri-Negeri, bercanggah dengan prinsip dalam Perkara 3 (2) Perlembagaan Persekutuan dan menghina hukum Syarak yang sedang berkutakuasa melalui Enakmen-Enakmen Negeri, serta mengguris perasaan dan sensitivity beragama umat Islam.

4 comments:

Awang Nyor said...

PEPIAS menyokong 100% segala usaha mengangkat perundangan Islam di Malaysia. Cume informasi lmbat sampai. Boleh bersama diperbaiki. Segenap Penghargaan atas inisiatif & kesudian kerjasama dgn PEPIAS. Moga Islam kembali tinggi. Maaf andai salah silap. Tq

Mohd Zulhelmi Abdullah - PEPIAS

WAK JURAGAN said...

Era Mahasiswa kembali menggugat dan menyengat...Pepias bila nak buat report?

CikguDin said...

Sori zul, kami semua pun on call sahaja.... kena gerak pantas ...,kembali semanagat juang!

tokz said...

yer... on call non stop...

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR