Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




ABIM Istiqamah Membela Islam

27 Okt 09 - YDP ABIM Selangor dan Pengurus Darul Wardah telah dipanggil oleh pihak keselamatan di Bukit Aman untuk memberikan keterangan lanjut berkaitan laporan polis yang dibuat.

ABIM Selangor dan beberapa NGO Islam seperti Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Persatuan Pelajar Islam Selangor, Wadah Pencerdasan Ummat dan beberapa buah surau dan masjid telah membuat laporan polis terhadap Sister In Islam( SIS) dan JAG.

Naib Presiden ABIM ( HELWA ) Pn. Fadhlina Sidek, Setiausaha Agung ( saudara Raimi Abd Rahim dan saudara Akmal turut hadir sama untuk turut sama memberikan keterangan tambahan sekiranya diperlukan.

ABIM serius dalam menangani isu ini dan berharap agar pihak Kerajaan terutama JAKIM, Jabatan Peguam Negara bersungguh-sungguh dalam menangani isu ini supaya kesucian agama Islam akan terbela.

1 comments:

YDP ABIM Selangor telah dipanggil untuk memberikan keterangan lanjut berkaitan isu ini.

Pegawai penyiasat tersebut adalah bekas pelajar Kolej Darul Hikmah dan menantu kepada seorang pimpinan Jamaah.

Diharap sahabat dan kerabat dapat mendoakan semoga semua pihak mendapat petunjuk dan hidayah ke jalan yang benar.

Demi kebenaran dan keadilan,
ABIM akan terus didepan

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR