Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




Kunjung Hormat ke Pejabat Pengerusi MAIS

Shah Alam - Rombongan ABIM Pusat bersama dengan ABIM Selangor telah mengadakan Kunjung Hormat ke Pejabat Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor ( MAIS). Rombongan ABIM yang diketuai oleh Tuan Presiden, Tuan Hj Yusri Bin Muhamad bersama dengan saf qiadahnya, Naib Presiden, Tn. Hj. Azril Amin, Sdr. Raimi Abd Rahim, Penolong setiausaha Agung dan Sdr Jufitri Johar, exco ABIM Pusat dan 2 orang staf ABIM Pusat. ABIM Selangor telah diwakili oleh Yang Dipertuanya, Tn Hj Mohd. Zawawi Ahmad Mughni.

Pengerusi MAIS, Dato' Setia Hj Muhamad Adzib Bin Mohd Isa bersama 12 orang pegawai telah menyambut kehadiran rombongan tersebut.

Tujuan kunjungan ini ialah untuk menjalin hubungan yang lebih baik antara NGO Islam dengan Institusi Islam khasnya di Negeri Selangor. Selain dari pada itu, pihak ABIM juga ingin menjemput warga MAIS untuk menghadiri Seminar Tajdid Generasi dan Gerakan Dakwah sempena Muktamar Sanawi ABIM yang akan berlangsung di Unisel, Shah Alam.

Beberapa isu berkaitan umat Islam dan perkembangan semasa turut dibincangkan disamping bertukar-tukar fikiran untuk kerjasama yang lebih akrab dan perancangan pembangunan dakwah yang lebih positif di masa akan datang.

Unit Info ABIM Selangor
Anjung Berkat

1 comments:

Anonymous said...

ABIM Selangor tak mohon hajat apa-apa ke? kotlah dapat tanah ke? atau dapat angin je...gughau je..he..he,

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR