Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




Air, elektrik institusi kebajikan patut percuma

Friday, 29 May 2009

KUALA LUMPUR 27 Mei - Institusi-institusi kebajikan yang diuruskan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini sepatutnya diberi kemudahan bekalan air dan elektrik secara percuma.

Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM), Datuk Mohd. Firdaus Abdullah berkata, kemudahan seumpama itu akan meringankan beban kewangan NGO yang mengendalikan institusi-institusi kebajikan di negara ini.

''Syarikat terbabit patut sedar bahawa membantu pusat-pusat kebajikan adalah tugas bersama.

''Membekalkan air dan elektrik secara percuma adalah tanggungjawab sosial syarikat-syarikat berkaitan,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Disedut dari Laman : belia.org.com.my

ABIM Sokong

1 comments:

Anonymous said...

Kerajaan Selangor tak nak bagi percuma juga ke? ABIM kena beritahu mereka supaya kerajaan tahu Prihatin dan sayang rakyat. macam mana?

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR