Kursus Patriotisma Pemimpin Muda Daerah Gombak

Jumaat malam : Perasmian oleh Encik Wan Salim Wan Ismail (Pegawai Belia dan Sukan daerah Gombak) kemudian disambung dengan Ceramah oleh Dr Marzuki bertajuk Cinta Negara Sebahagian daripada Iman.
Sabtu pagi : ceramah "realiti bencana maksiat" oleh Pegawai Pembangunan Keluarga dan Pegawai Penguatkuasa JAIS Gombak. Kemudian slot perkongsian pengalaman gerak kerja dakwah di lapangan bersama Bahagian Dakwah JAWI.
Sabtu petang : lawatan sambul belajar ke Kem Modal Insan KEWAJA di Sg Mulia Gombak. Satu pusat penjagaan untuk ibu mengandung sebelum berkahwin.
Tazkirah subuh dan Maghrib telah diisi oleh Presiden PKPIM, Presiden PEPIAS, Tuan Haji Ahmad Azam dan Prof Dr Sidek Baba.
Ahad pagi : satu diskusi dan pembentangan tentang 3 produk Dakwah ABIM Gombak iaitu Program Imarah Teratak Budi, Program Jatidiri Remaja Wanita di Sekolah-sekolah Menengah dan Program Parenting jv PIBG telah dibentang, dibahas dan persetujui.
Kursus diakhiri dengan Muktamar ABIM Gombak yang dirasmikan oleh Ust Zawawi (YDP ABIM Selangor)
Jazakallahu Kahairan kathira kepada semua yang terlibat menjayakan program tersebut.
0 comments:
Post a Comment