Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




ABIM Klang Nyaris Juara Pertandingan Nasyid Belia

Shah Alam 9 Mei 09 - ABIM Selangor dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah berjaya menganjurkan Pertandingan Nasyid Belia di Dewan Utama Perpustakaan Awam Selangor.

Program yang berlangsung pada pukul 2.30 petang itu telah dirasmikan oleh En Salim bin Murid, pegawai dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor . Majlis tersebut telah dihadiri oleh lebih 150 orang peserta dan penyokong pasukan masing-masing.

Seramai 7 pasukan telah menyertai Pertandingan tersebut dari berbagai daerah dan perasatuan belia di Negeri Selangor.

Pasukan Nasyid dari ABIM daerah Klang turut menyertai acara pertandingan tersebut dan mendapat tempat kedua.

Pihak Juri Profesional telah diundang khas untuk mencari Juara dan pemenang Pertandingan ini. Pasukan Panel juri terdiri dari Saudara Che Amran dari Kumpulan Raihan, Jef Jazimin dan seorang anggota Kumpulan Nowseeheart.

Johan bagi petandingan ini bagi kategori lelaki telah disandang oleh Kumpulan Sout Al Ghamidi dari Sekolah Agama Menengah Tinggi Hishamuddin Kg. Jawa, Klang dan bagi kategori perempuan telah disandang oleh Pelajar dari Kolej Islam Antarabangsa, Gombak.

Mereka semua akan mewakili Negeri Selangor untuk Pertandingan Peringkat Kebangsaan di MITC, Melaka pada 14 Mei 09 sempena sambutan Hari Belia Negara.

MOZAM- Minta tolong rakan-rakan tambah maklumat dan berita ini untuk siaran media.

0 comments:

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR